Harian Metro

Dugaan sebelum kecapi bahagia

- Norhadiani Baharom yanie@mediaprima.com.my

Pelakon Farah Nabilah dikatakan merajuk apabila dilayan seperti kucing kurap oleh pelakon kacak Zul Ariffin di set penggambar­an drama

Titian Cinta.

Farah sering diherdik dan dimarahi Zul. Namun apa yang berlaku adalah senario yang sengaja diwujudkan sesuai dengan naratif drama itu.

Menerusi Titian Cinta yang bakal menghiasi slot Akasia, Zul dan Farah berganding­an sebagai suami isteri.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan

TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Drama Titian Cinta ini sarat pengajaran yang boleh menjadi teladan kepada orang ramai.

“Ia mengisahka­n dugaan dihadapi Harris dan Aisy sebelum mengecapi kebahagiaa­n. Drama ini menekankan betapa pentingnya bersabar ketika rumah tangga dilanda badai.

“Ini adalah gandingan pertama Zul dan Farah. Kami berharap penonton setia drama slot Akasia akan menikmati dan menyokong drama ini,” katanya.

Drama adaptasi novel karya Ridhya Iman yang diterbitka­n Zamriez Golden Pictures ini diarahkan oleh Heykal Hanifah.

Ditayangka­n pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam sejak Isnin lalu, drama ini turut dibintangi Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P Ramlee dan Marisa Yasmin.

Titian Cinta memaparkan percintaan Aisy dan Haris. Kepulangan Aisy memang dinanti Harris. Apabila hati dikaburi perasaan cemburu,

Drama Titian Cinta bawa mesej pentingnya kesabaran dalam rumah tangga

Harris menghalau isterinya itu dari rumah empat tahun lalu. Dia menyesali sikapnya yang mudah mempercaya­i hasutan

Sofea (Tisha Shamsir) dan ingin menebus segala kesalahann­ya.

Tatkala Aisy terbuka hati untuk menerima kembali suaminya, bahtera mereka sekali lagi diuji dengan kemunculan Rayyan.

Cemburu dengan Rayyan, Harris kembali kepada sikap lamanya dan mengecewak­an Aisy.

Adakah kebahagiaa­n akan menjadi milik pasangan ini? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini bercantum kembali?

Ketahuinya dengan menonton drama ini. Ia juga boleh ditonton melalui portal www.tonton.com. my melalui langganan pakej tonton VIP.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.tv3.com.my.

 ??  ??
 ??  ?? ZUL pegang wtak suami. FARAH bersama Dian dalam satu babak drama Titian Cinta.
ZUL pegang wtak suami. FARAH bersama Dian dalam satu babak drama Titian Cinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia