Harian Metro

SRIKANDI ELBRUS

 Bekas peguam cipta sejarah tawan puncak gunung tertinggi di benua Eropah

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Susuk badan wanita ini kecil saja namun semangat dan keazaman dalam dirinya bukan calang-calang orang memilikiny­a.

Ia terbukti apabila graduan Sarjana Undang-undang dari Universiti Malaya berusia 30 tahun ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjejakka­n kaki ke puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus, Russia, tengah hari 2 September lalu.

Lebih manis, kejayaan itu antara hadiah bermakna dari Pengarah Projek Kempen Kembara Srikandi Prihatin (KSP) itu untuk negara bersempena sambutan

Hari Kebangsaan ke-60.

Begitupun, mendekati wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu bukan sesuatu yang mudah kerana karakter luarannya kelihatan tegas, menyebabka­n ramai menganggap dia seorang yang serius.

Namun, jika sudah lama mengenalin­ya, Ummu Farah atau lebih mesra dengan panggilan Myra bukan saja seorang wanita yang mesra, malah sentiasa menjaga tutur kata dalam pergaulann­ya.

Akui Myra, keperibadi­annya banyak dicorakkan oleh latar belakang keluarga dan selaku anak sulung daripada enam

beradik, dia mempunyai tanggungjj­awab memberi contoh baik kepada adik“Saya-adiknya. dilahirkan dalam keluarga konservati­f dan begitu mengutamak­an agama dalam setiap aspek kehidupan harian.

“Namun, ia tidak menghalang saya sebagai wanita untuk memberi sumbangan kepada negara termasuk menyertai perkhidmat­an askar wataniah ketika masih bergelar peguam sebelum ini,” katanya.

Mengulas kejayaan misi KSP mengibarka­n Jalur Gemilang di puncak setinggi 5,642 meter itu, Myra berkata, semuanya tidak dapat direalisas­ikan tanpa kerjasama rakan sepasukan serta sokongan tidak berbelah bagi dari Persatuan Kembara Negara (PKN) terutama Presidenny­a, Tan Sri Khalid Yunus dan Timbalan, Ahmad Fakhri Abu Samah

Kata bekas peguam itu lagi, mereka dijadualka­n mendaki puncak pada 31 Ogos lalu namun terpaksa ditunda dua hari kemudianny­a ekoran cuaca buruk.

“Kami memulakan pendakian jam 2.30 pagi dan meredah salji tebal bersama 11 pendaki lain dari Pasukan ONE yang turut bersama dalam program berkenaan.

“Pada ketinggian 5,000 meter, lima rakan berpatah balik ke kem induk kerana menghadapi pelbagai masalah kesihatan ekoran cuaca sejuk melampau.

“Saya mengerah kudrat dan terus mendaki tanpa rakan sepasukan. Alhamdulil­lah, tepat jam 12.05 tengah hari, puncak diidamkan berjaya dijejaki,” katanya.

Menurut Myra, perjalanan ke puncak sejauh 642 meter itu dirasakan terlalu jauh

kerana dia bukan saja berjuang melawan

ketinggian altitud, malah oksigen semakin menipis serta cuaca sejuk yang hampir menjejaska­n kedua-dua belah tangannya.

Katanya, sepanjang pendakian, dia tidak putus-putus berdoa dan berzikir supaya Sang Pencipta melancarka­n misi besar yang digalas pasukannya.

“Misi itu juga refleksi semangat juang dalam hidup seseorang wanita supaya jangan takut untuk gagal.

“Pendakian gunung satu metafora kepada rintangan hidup dilalui dan diharapkan mesej yang disampaika­n dapat menjadi inspirasi kepada semua wanita,” katanya.

Myra yang kini menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta di Putrajaya berkata, selain pendakian, dia aktif dalam sukan kayak laut manakala aktiviti kemasyarak­atan sentiasa disertai.

Manakala di luar negara, selain Elbrus, wanita cekal ini sudah menjejakka­n kaki ke Everest Base Camp (EBC), Gunung Kerinci, Gunung Merbabu dan Gunung Merapi, Indonesia.

“Bagi saya, sesiapa pun boleh menjadi pendaki jika berkemampu­an namun cabaran paling besar adalah bagaimana mengetuai atau mengendali sesuatu ekspedisi dan pada masa sama, menjadi seorang pendaki,” katanya.

Pendakian gunung satu metafora kepada rintangan hidup dilalui dan diharapkan mesej yang disampaika­n dapat menjadi inspirasi kepada semua wanita”

Ummu Farah

 ??  ?? UMMU Farah (belakang, tengah) bersama ahli keluarga.
DARI kiri, Nurul Huda Shamsuddin, Fairul Asmaini Mohhd Pilus, Ummu Farah, Fazilah Abd Manan, Rene'e Aziz
Ahmad dan Nir Azmin Adnan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
UMMU Farah (belakang, tengah) bersama ahli keluarga. DARI kiri, Nurul Huda Shamsuddin, Fairul Asmaini Mohhd Pilus, Ummu Farah, Fazilah Abd Manan, Rene'e Aziz Ahmad dan Nir Azmin Adnan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
 ??  ?? PESERTA KSP yang menyertai pendakian ke Gunung Elbrus. UMMU Farah mengibarka­n Jalur Gemilang selepas berjaya menawan puncak Gunung Elbrus. UMMU Farah (tengah) bersama ibu dan bapanya ketika masih menjadi peguam.
PESERTA KSP yang menyertai pendakian ke Gunung Elbrus. UMMU Farah mengibarka­n Jalur Gemilang selepas berjaya menawan puncak Gunung Elbrus. UMMU Farah (tengah) bersama ibu dan bapanya ketika masih menjadi peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia