Harian Metro

Bunuh diri dek sangap dadah

-

untuk menahan remaja berkenaan,” katanya.

Bagi Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Johor 4A, Cheras, Abu Daud Ibrahim, 62, gejala penagihan dadah membabitka­n golongan remaja di lokasi itu sudah lama wujud sejak puluhan tahun dulu.

Dia menetap lebih 30 tahun di kawasan perumahan itu berkata, kegiatan terbabit menyebabka­n kejadian jenayah banyak berlaku di sekitar lokasi berkenaan kerana penagih terdesak mahu mendapatka­n bekalan.

“Kawasan ini terletak berhampira­n dengan tapak pembinaan projek perumahan baru dan tempat itu sering menjadi lokasi utama penagih muda mencuri bahan binaan terutama besi.

“Ini termasuk penutup longkang di sekitar kawasan perumahan yang terpaksa kerap diganti kerana selalu hilang dipercayai dicuri penagih muda ini,” katanya.

Abu Daud berkata, kebanyakan remaja yang terjebak dengan dadah mempunyai masalah keluarga dan tercicir persekolah­an sekali gus mendorong mereka terjebak kegiatan terbabit.

“Ada di antara remaja itu berdepan dengan masalah keluarga termasuk ibu bapa bercerai dan terlalu sibuk dengan kerja hingga mengabaika­n anak-anak.

“Perkara itu menyebabka­n mereka keluar mencari keseronoka­n dengan cara yang salah iaitu mengambil dadah untuk melepaskan tekanan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, Wangsa Maju, Mohd Isa Bakar, 55, berkata, remaja yang menagih dadah di kawasan itu mendapat bekalan daripada orang luar yang mengedar dadah secara kecil-kecilan.

“Berdasarka­n dadah yang kami temui di lokasi mereka menagih di kawasan ini adalah jenis syabu dan morfin. Mereka mengakui mendapat bekalan daripada orang luar yang masuk ke

kawasan itu semata-mata untuk menjual dadah.

“Kami percaya mereka ini (pengedar) masuk ke tempat ini bagi menjual dadah dan menawarkan remaja yang mahu menjadi ‘kaki’ untuk mengedar bekalan di sekitar kawasan perumahan ini,” katanya.

Mohd Isa berkata, sebagai langkah untuk mengatasi gejala itu, pihaknya mengadakan program bersama remaja termasuk pertanding­an futsal bagi mengelakka­n mereka terjebak dengan dadah.

“Selain itu, kami bercadang untuk mengadakan program motivasi dengan menjemput penceramah bagi memberi pendedahan kepada golongan remaja mengenai keburukan pengambila­n dadah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia