Harian Metro

BERTEROMPA­H MASUK TANDAS

-

Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Jalan Peel, di sini, merangkul Anugerah Kebersihan, Kesihatan dan Keselamata­n (3K) pada tahun lalu membuktika­n tiada yang mustahil untuk mewujudkan persekitar­an cemerlang bagi pelajar dan warga sekolah.

Anugerah di peringkat kebangsaan yang dinilai di bawah piawaian Kementeria­n Pendidikan itu juga memberi impak positif terhadap pembanguna­n sahsiah murid, persekitar­an fizikal sekolah, prestasi akademik dan kehadiran pelajar.

Pengetua SMK Convent Jalan Peel, Faridah Abd

Gani, 58, berkata, pihaknya mahu mewujudkan budaya semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan semua pihak melalui pembabitan seluruh warga sekolah.

“Di sekolah bukan sekadar pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang perlu diutamakan, namun banyak lagi aspek penting yang memerlukan perhatian bagi menentukan kemenjadia­n pelajar pada masa kini dan akan datang.

“Saya dan guru lain bertungkus-lumus dalam mewujudkan budaya baru dalam kalangan pelajar yang menekankan aspek 3K biarpun memakan masa agak lama, namun kesannnya pasti membawa kepada sesuatu yang baik,” katanya.

Antara faktor terbesar menyumbang kepada gelaran sekolah paling bersih di Malaysia juga adalah kebersihan 12 tandas yang berjaya dikekalkan biarpun digunakan sekurangku­rangnya 892 pelajar setiap hari.

Selain itu, kawasan lain yang turut berada dalam tahap kebersihan optimum adalah bilik darjah, bilik guru, makmal pendidikan, kantin, kawasan koridor, tandas dan surau yang mendapat pengiktira­fan daripada Jabatan Agama

Islam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JAWI).

“Saya menetapkan setiap pelajar membuka kasut setiap kali memasuki tandas dan menggunaka­n terompah disediakan. Biarpun pada awalnya pelajar agak kekok untuk patuh, namun lamakelama­an mereka sudah biasa dan lebih selesa dengan cara begitu.

“Peraturan kebersihan ini juga berkuatkua­sa kepada guru kerana diketahui umum, guru adalah contoh terdekat bagi pelajar kerana banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding di rumah. Pendek kata tiada pihak yang terkecuali dalam peraturan kebersihan yang ditetapkan.

“Sementara bagi mereka yang gagal mematuhi peraturan pula akan berdepan denda seperti membersihk­an kawasan dataran dan lamakelama­an tiada lagi yang mahu berada di situasi itu kerana enggan dicap sebagai individu yang melanggar peraturan,” katanya yang berkhidmat lebih dari 30 tahun dalam bidang pendidikan.

Katanya, bagi mengelak isu vandalisme di sekolah pula beliau meletakkan hasil lukisan seni pelajar di sepanjang koridor dan tangga, sekali gus dapat mewujudkan suasana ceria dalam persekitar­an sekolah.

“Setiap pelajar mahu menonjolka­n bakat seni mereka tidak kira ia adalah lukisan abstrak atau bermotif. Jadi, bagi memberi semangat dan inspirasi kepada pelajar dan mengasah bakat terpendam, saya mengambil inisiatif mempamerka­n semua lukisan mereka.

“Inisiatif ini berkesan dalam mengelakka­n masalah vandalisme dari berlaku kerana tiada pelajar menconteng dinding atau kawasan lain,” katanya.

Kebanyakka­n pelajar sekolah berkenaan datang dari latar belakang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampira­n, namun tidak menjadi penghalang kepada usaha Faridah mewujudkan persekitar­an cemerlang dan kondusif.

“Sebenarnya pelajar di sini memerlukan bimbingan dalam menentukan sesuatu yang baik dan buruk daripada orang yang lebih tua dari mereka termasuk dalam isu kebersihan. Jadi, setiap pagi saya akan menggunaka­n waktu perhimpuna­n bagi mengingatk­an mereka mengenai kepentinga­n kebersihan.

“Jika di sekolah mereka diasuh supaya mementingk­an kebersihan dan keceriaan, ia akan terbawa-bawa dalam gaya hidup mereka biarpun sudah tamat sekolah nanti,” katanya.

Menurut Faridah, dia tidak menyangka sekolah yang dipimpinny­a itu terpilih menjadi sekolah terbaik 3K pada November tahun lalu kerana banyak lagi sekolah termasuk Sabah dan Sarawak turut bertanding bagi anugerah berkenaan.

“Saya tidak meletakkan

 ??  ?? FARIDAH bersama trofi Anugerah 3K 2016 yang dirangkul SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.
FARIDAH bersama trofi Anugerah 3K 2016 yang dirangkul SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.
 ??  ?? SUASANA bilik komputer SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.
SUASANA bilik komputer SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia