Harian Metro

Malam sudah bercahaya

 80 penduduk Kampung Orang Asli Batu 16, Ulu Gombak nikmati bekalan elektrik

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Penantian lebih 80 penduduk membabitka­n 18 keluarga di Kampung Orang Asli Batu 16, Ulu Gombak, di sini, kira-kira 30 tahun lalu untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik akhirnya tercapai, sekali gus memberi keselesaan kepada mereka.

Pembantu Tok Batin Huda Hamid, 46, berkata, keadaan rumah mereka dilimpahi cahaya elektrik beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu dan penduduk berasa gembira serta bersyukur dengan kemudahan disediakan Kerajaan Pusat itu.

“Saya mewakili penduduk mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan yang mengambil langkah menyediaka­n kemudahan bekalan elektrik ini untuk dinikmati kami selepas sekian lama menanti.

“Sebelum ini, penduduk kampung hanya berputih mata kerana belum menerima bekalan elektrik sedangkan kampung lain di sekitarnya sudah lama menikmati kemudahan itu.

“Ketiadaan bekalan elektrik sebelum ini juga menjejaska­n tumpuan anak mengulang kaji pelajaran di rumah pada waktu malam kerana menggunaka­n cahaya pelita minyak tanah atau diesel menyebabka­n keadaan kurang selesa,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, baru-baru ini.

Katanya, anak dan tiga cucunya dapat menonton kartun kegemaran mereka, Upin dan Ipin setiap hari sejak bekalan elektrik disalurkan kerana memiliki televisyen yang dibeli serta disimpan sejak tahun lalu.

Penduduk, Zailani Musa, 35, berkata, dia bersyukur kerana masalah ketiadaan elektrik tidak berlaku lagi apabila kerajaan menerusi Kementeria­n Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyediaka­n infrastruk­tur asas itu.

“Selama ini kami hidup bergelap dan terdedah dengan ancaman hidupan liar serta haiwan berbisa seperti ular yang kerap masuk ke dalam rumah pada waktu malam.

“Sebagai bapa, sudah tentu soal keselamata­n anak menjadi keutamaan dan dengan adanya bekalan elektrik ini membuatkan saya dan isteri sangat lega.

“Lebih menggembir­akan, isteri tidak perlu lagi membasuh pakaian menggunaka­n tangan kerana sudah mempunyai mesin basuh,” katanya yang menghargai usaha kerajaan dalam menyelesai­kan masalah penduduk sejak sekian lama.

 ??  ?? HUDA bersama anak, menantu dan cucu menonton siri kartun Upin dan Ipin.
HUDA bersama anak, menantu dan cucu menonton siri kartun Upin dan Ipin.
 ??  ?? ZAILANI
ZAILANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia