Harian Metro

CEMAS ‘DIKEPUNG’ BAH

 Lima terselamat selepas terperangk­ap dalam kereta dibawa arus akibat banjir kilat

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Seremban

Lima individu termasuk tiga kanak-kanak bagaikan mati hidup semula apabila mereka berjaya diselamatk­an selepas terperangk­ap dalam kereta yang dibawa arus akibat banjir kilat di Jalan Seremban–Port Dickson, dekat Mambau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.57 petang, kelima-lima mangsa dalam perjalanan pulang ke Port Dickson sebelum terperangk­ap berikutan air naik akibat hujan lebat selama lebih tiga jam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera bersama 10 anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

“Kelima-lima mangsa terperangk­ap dalam kereta Proton Wira yang dinaiki dan anggota kami memberikan jaket keselamata­n sebelum membawa mereka keluar.

“Beberapa kawasan di sepanjang jalan itu turut dinaiki air setinggi satu meter. Selain itu Balai Bomba dan Penyelamat Tel Kemang memberi bantuan mena dua kereta terjunam ke dalam pa berhampira­n simpang Bandar Springhill,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendap laluan kedua-dua arah sesak teru berikutan banyak kenderaan terperangk­ap akibat banjir kilat n keadaan pulih jam 8 malam kelm

Sementara itu, penunggang motosikal, Daud Daie, 51, berkat dan penunggang motosikal lain t membantu mengawal lalu lintas mengelak kejadian tidak diingini

“Ada kenderaan terperangk­ap di tengah jalan yang dinaiki air. Kami terpaksa menolak kendera ke tempat selamat, selain ada dib arus deras ke dalam longkang.

“Kawasan di sini kerap dilanda banjir kilat jika hujan lebat keran longkang tersumbat. Ini menyeb air melimpah ke jalan raya,” kata

 ??  ?? ANGGOTA bomba dan orang ramai membantu mengangkat kereta yang dibawa arus banjir di Jalan Seremban-Port Dickson, dekat Mambau.
ANGGOTA bomba dan orang ramai membantu mengangkat kereta yang dibawa arus banjir di Jalan Seremban-Port Dickson, dekat Mambau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia