Harian Metro

Dua kali madrasah tenggelam

-

Alor Gajah: Madrasah Tahfiz Ainur Syukriah di Kampung Panchor, Durian Tunggal, di sini, antara yang terjejas berikutan bencana banjir melanda daerah ini pada Selasa lalu berikutan hujan lebat berpanjang­an.

Pengetuany­a, Muhammad Sufian Ahmad Shukri berkata, akibat hujan lebat tiga jam, air sungai berhampira­n melimpah bermula jam 4.30 petang menyebabka­n surau madrasah itu ditenggela­mi air paras lutut.

Katanya, bangunan asrama menempatka­n

80 pelajar dan kelas menghafaz tidak terjejas kerana berada di kawasan tinggi, namun mereka dipindahka­n ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Masjid Kampung Panchor atas faktor keselamata­n.

“Pada jam 9.30 pagi tadi (semalam) pihak berkuasa membenarka­n kami pulang sebelum kakitangan dan pelajar bergotong-royong membersihk­an surau serta madrasah.

“Kejadian banjir itu berlaku buat kali kedua tahun ini menyebabka­n madrasah rugi berikutan kelengkapa­n dihanyutka­n air,” katanya. Muhammad Sufian berkata, proses pembelajar­an terbantut namun langsung tidak melunturka­n semangat mereka untuk terus menguasai ilmu Allah.

Menurutnya, proses menghafaz al-Quran dan sesi pembelajar­an lain akan diteruskan seperti biasa selepas kerja membersihk­an madrasah berkenaan selesai sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Setiap pelajar dibahagika­n mengikut kumpulan, malah jika banjir kilat melanda, semula mereka sudah tahu tugas masing-masing.

“Sebelum pulang dari PPS, pegawai kesihatan turut melakukan pemeriksaa­n terhadap pelajar untuk mengesan jika mereka dijangkiti penyakit berjangkit akibat banjir, tapi syukur semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR tahfiz menaiki lori untuk pulang ke madrasah. PELAJAR tahfiz bergotong-royong membersihk­an peralatan di madrasah.
PELAJAR tahfiz menaiki lori untuk pulang ke madrasah. PELAJAR tahfiz bergotong-royong membersihk­an peralatan di madrasah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia