Harian Metro

‘Noor Afidah begitu manja sebelum keluar rumah’

-

Georgetown: “Saya tidak mampu menahan kesedihan apabila menatap arwah sejurus mayatnya ditemui di celah ranting pokok yang tumbang, Sabtu lalu,” kata ibu kepada seorang wanita yang meninggal dunia selepas ditemui lemas akibat dibawa arus deras ketika banjir kilat di Jalan Paya Terubong, Relau, di sini.

Adisah Zabidi, 66, berkata, dia terkejut dimaklumka­n kejadian menimpa anaknya, Noor Afidah Yajunas, 30, yang lemas selepas terjatuh dari motosikal ke dalam longkang sedalam satu meter sebelum dibawa arus deras.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8.38 pagi, Jumaat lalu, arwah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Paya Terubong selepas selesai syif malam di kilang di Bayan Lepas.

Katanya, dia terkejut selepas dimaklumka­n kehilangan arwah.

“Saya tidak putus berdoa sehingga sukar untuk melelapkan mata selain memohon agar Noor Afidah ditemui dalam keadaan selamat, namun Allah SWT telah menentukan bahawa dia pergi meninggalk­an kami sekeluarga buat selama-lamanya.

“Saya pasrah dengan pemergiann­ya namun sebagai ibu segala apa yang terjadi sukar dilupakan sampai bila-bila kerana arwah seorang anak yang baik dan saya berharap rohnya ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dikunjungi Pengurus Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Georgetown Shaharudin Waled yang menyampaik­an cek sumbangan pengurusan jenazah bernilai RM2,000 di rumahnya di Paya Terubong, di sini, semalam.

Adisah berkata, tiada perubahan pelik berlaku, tetapi arwah yang sebelum ini agak tegas bertukar menjadi lembut serta baik selain kelihatan manja dengan anak perempuann­ya berusia dua tahun yang diasuhnya.

“Noor Afidah kelihatan begitu manja, selain melambaika­n tangan berkali-kali ketika keluar rumah untuk pergi kerja dan tindakan itu agak jarang dilakukann­ya.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik namun segalanya terjawab dengan kejadian menimpanya itu,” katanya.

Sementara itu, Shaharudin berkata, pihaknya simpati dengan keluarga Noor Afidah dengan menghulurk­an sumbangan pengurusan jenazah biarpun jumlahnya tidak besar.

Beliau berkata, pihaknya menghulurk­an bantuan pencen sepanjang hayat sebanyak RM624 sebulan berkuat kuasa Oktober depan untuk kegunaan keluarga itu.

Katanya, sumbangan itu adalah caruman PERKESO dibuat majikan Noor Afidah, selain berharap keluarga itu tabah dan cekal dengan ujian yang berlaku.

 ??  ?? SHAHARUDIN menyerahka­n bantuan pencen kepada Adisah.
SHAHARUDIN menyerahka­n bantuan pencen kepada Adisah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia