Harian Metro

Takdir ibu meninggal dunia di Tanah Suci

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Saya terasa bahang namun tidak menjangka ia berpunca daripada kebakaran di bahagian hadapan rumah,” kata suri rumah, Anis Aniza Temyati, 26, mangsa kebakaran rumah di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 9 pagi itu menyebabka­n lebih 80 peratus rumah yang didiami tujuh sekeluarga itu musnah, sekali gus hilang tempat berteduh. Kepala Batas: “Arwah ibu kelihatan begitu bersemanga­t sebelum bertolak ke Makkah dan takdir menentukan segalanya apabila dia meninggal dunia di sana,” kata Adnan Zakaria, 45, anak kepada Siti Aishah Awang, 69, jemaah haji dari Pulau Pinang yang meninggal dunia di Tanah Suci.

Siti Aishah dari Paya Keladi Tengah, di sini, meninggal dunia pada jam 2.35 petang (waktu Arab Saudi), 9 September lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Arwah berlepas ke Makkah dengan penerbanga­n KT69 dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang, Bayan Lepas pada 22 Ogos lalu bersama suaminya, Zakaria Mat, 75.

Menurut Adnan, arwah ibunya beria-ia hendak ke Makkah selepas mendaftar pada 2008 dan akhirnya menjadi kenyataan selepas menunggu sembilan tahun.

“Sebelum bertolak, dia begitu bersemanga­t walaupun kesihatann­ya kurang memuaskan.

“Dia membuat rayuan beberapa kali kepada Tabung Haji (TH) bagi membolehka­n namanya disenaraik­an ke Makkah tahun ini dan impiannya menjadi kenyataan.

“Walaupun sedih, kami reda dengan pemergiann­ya kerana arwah meninggal dunia di Tanah Suci,” katanya selepas dikunjungi Pengarah TH Pulau Pinang Abu Shukor Jangga yang menyampaik­an sumbangan Takaful Khairat Kematian, air zam-zam dan kurma, semalam.

Difahamkan, Siti Aishah sempat mengerjaka­n haji dan beberapa hari selepas itu, kesihatann­ya merosot sebelum meninggal dunia dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Syara’ie, Makkah pada 10 September lalu.

Adnan berkata, keluargany­a kini menunggu kepulangan bapanya dari Tanah Suci yang dijangka menaiki penerbanga­n antara 1 hingga 4 Oktober depan.

 ?? FOTO: RAMDZAN MASIAM ?? RUMAH didiami tujuh sekeluarga musnah dalam kebakaran.
FOTO: RAMDZAN MASIAM RUMAH didiami tujuh sekeluarga musnah dalam kebakaran.
 ??  ?? ABU Shukor (kanan) berkata sesuatu kepada anak sulung Siti Aishah, Abdul Halim Zakaria (kiri) selepas menyerahka­n sumbangan, semalam.
ABU Shukor (kanan) berkata sesuatu kepada anak sulung Siti Aishah, Abdul Halim Zakaria (kiri) selepas menyerahka­n sumbangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia