Harian Metro

Drebar maut treler terjunam tali air

-

Bera: Seorang pemandu treler terbunuh apabila kenderaan berat dipandunya terbabas dan terjunam dalam tali air di Kilometer 27, Jalan Temerloh-Bahau, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu mangsa, Omar Ismail, 46, dari Ayer Hitam, Johor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Mansor Samsudin berkata, hasil siasatan mendapati mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor ke Temerloh.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa terbabas melanggar pokok dan terjunam ke tali air.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan pihaknya meminta orang ramai yang menyaksika­n kejadian tampil di balai polis berhampira­n untuk memberikan keterangan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang Penolong Penguasa Bomba Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian enam anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, kami mendapati sebuah treler terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter manakala pemandunya tersepit di tempat duduk pemandu.

“Anggota segera melakukan tugas mengeluark­an mangsa menggunaka­n peralatan khas bagaimanap­un dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia