Harian Metro

Kerana habuan RM340,000

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 Pegawai hutan dijel 9 bulan, denda RM150,000

Seorang Pegawai Hutan Daerah Jerantut dipenjara sembilan bulan dan denda RM150,000 atas kesalahan menerima wang RM340,000 daripada sebuah syarikat pembalakan yang mempunyai hubungan rasmi dengan tugasnya.

Tertuduh, Zainal Abidin Maskon, 33, dari Batu 1, Jalan Benta, Jerantut, sebelum itu membuat pengakuan bersalah selepas lima pertuduhan pilihan dibacakan kepadanya di depan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suatu benda berharga tanpa suatu balasan iaitu wang tunai RM340,000 daripada Pengurus Syarikat P&K Trading, Yiang Kwai Seng yang diketahuin­ya mempunyai hubungan dengan kerja rasmi membabitka­n urusan permohonan lesen pembalakan di Hutan Simpan Tekam serta Tekai dalam Mukim Tembeling, Jerantut milik Yayasan Pahang serta Bakat Bijak Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad cawangan Kuantan pada 1 Julai 2016, 24 Januari dan 21 Jun lalu.

Habibah kemudian menjatuhka­n hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM150,000 serta tertuduh juga diarahkan menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan jika dia gagal menjelaska­n denda itu.

Habibah mengarahka­n hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 11 September lalu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam, Hon Kai Ping, Datuk Ng See Teong dan Muhammad Irwan Bidin.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA SPRM mengiringi Zainal Abidin di Mahkamah Kuantan, semalam.
ANGGOTA SPRM mengiringi Zainal Abidin di Mahkamah Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia