Harian Metro

PRESTASI POSITIF

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 REHDA unjur 17,535 unit rumah dilancar separuh kedua tahun ini

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mengunjurk­an 17,535 unit rumah daripada projek hartanah baru dilancarka­n separuh kedua tahun ini dalam julat harga antara RM250,000 hingga RM500,000.

Bagaimanap­un, bagi Selangor dan Kuala Lumpur masih mengekalka­n julat harga sama seperti separuh pertama 2017 iaitu rumah berharga bermula RM500,001 hingga RM1 juta.

Presidenny­a, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, unjuran itu merangkumi 7,386 unit hartanah perumahan bertanah, 9,647 unit hartanah strata dan selebihnya iaitu 502 unit adalah hartanah komersial.

Beliau berkata, julat harga bakal ditawarkan bagi projek baru dilancarka­n di Perak, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan itu menurunkan tawaran harga rumah dari harga RM250,000 hingga RM1 juta kepada RM250,000 hingga RM500,000.

“Sekiranya dilihat pada separuh pertama 2017, REHDA mengunjurk­an 21,899 unit rumah akan dilancarka­n pemaju rumah di seluruh negara, namun hanya 9,089 unit rumah dilancarka­n.

“Keadaan itu menyebabka­n kami begitu berhati-hati untuk menepatkan unjuran pada separuh kedua, tetapi tetap optimis sektor hartanah akan kembali berkembang seiring pertumbuha­n ekonomi negara yang semakin kukuh,” katanya pada sidang media Tinjauan Industri Hartanah dan Prospek Hartanah REHDA, di sini, semalam.

Tinjauan REHDA pada separuh pertama 2017 membabitka­n 153 responden dari Semenanjun­g itu menunjukka­n 31 peratus daripada jumlah responden melancarka­n projek baru pada tempoh berkenaan, menurun 12 peratus berbanding tempoh sebelumnya.

Meskipun pelancaran baru dilihat menurun sedikit, dari segi jualan hartanah, ia masih menunjukka­n peningkata­n kepada 48 peratus berbanding 45 peratus pada tempoh sebelumnya bersandark­an kepada permintaan bagi hartanah bertanah bagi rumah dua dan tiga tingkat serta teres setingkat, pangsapuri servis dan rumah kos rendah.

Bagaimanap­un, beliau berkata, 76 peratus daripada responden menjangkak­an jualan pelancaran baru mereka akan kekal 50 peratus atau lebih rendah.

“Ini kerana 73 peratus responden menghadapi masalah pembiayaan akhir dengan separuh daripada penolakan pinjaman adalah untuk hartanah berharga RM500,000 atau ke bawah.

“Bagi membantu meningkatk­an jualan, pemaju turut mengambil pelbagai langkah seperti membantu pembeli dengan pembayaran 10 peratus pertama, mengkaji semula harga jualan serta meningkatk­an inovasi dan kreativiti produk,” katanya.

 ??  ?? FD Iskandar (tiga dari kiri) bersama ahli majlis kebangsaan REHDA menunjukka­n buku taklimat media mengenai Suruhanjay­a Industri Hartanah REHDA separuh pertama tahun 2017 di Kelana Jaya, semalam.
FD Iskandar (tiga dari kiri) bersama ahli majlis kebangsaan REHDA menunjukka­n buku taklimat media mengenai Suruhanjay­a Industri Hartanah REHDA separuh pertama tahun 2017 di Kelana Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia