Celcom Axiata lancar KidSafe
Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) melancarkan KidSafe, perkhidmatan kawalan ibu bapa seiring dengan kempen #parentsunite For Online Safety.
Ketua Pegawai Pemasarannya Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Kidsafe adalah aplikasi mudah alih inovatif yang bertindak sebagai perkhidmatan penapisan Internet asas.
Beliau berkata, aplikasi berkenaan dimajukan rakan teknologinya, Access Motion Sdn Bhd secara eksklusif untuk pelanggan Celcom bagi melindungi anak mereka apabila menggunakan talian.
“Aplikasi mudah alih itu kini berfungsi pada peranti
Android dan akan tersedia untuk platform lain tidak lama lagi,” katanya.
Menurutnya, pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom boleh melanggan
KidSafe dengan bayaran tahunan berpatutan RM95.99 atau memilih langganan setengah tahun dengan harga RM54.99 atau bayaran bulanan itu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Azwan Khan Osman Khan berkata, kempen itu adalah inisiatif untuk mendidik ibu bapa mengenai pentingnya menjaga anak-anak mereka ketika menggunakan talian.
Menurutnya, ia bertujuan menangani kadar jenayah siber yang semakin membimbangkan membabitkan kanak-kanak seperti dandanan dalam talian, buli siber, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai serta penipuan dalam talian.
Katanya, Celcom juga menyediakan sambungan tanpa wayar tanpa bayaran selama setahun kepada 25 perpustakaan sekolah di seluruh negara.