Harian Metro

Pekerja didakwa tukar tag bagasi

-

Seorang pengendali bagasi di Lapangan Terbang

Changi didakwa bertindak jahat selepas menukar tag pada beratus-ratus beg menyebabka­n ia dihantar ke destinasi salah.

Tay Boon Keh, 63, berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah menukar tag pada 286 bagasi di lapangan terbang antara paling sibuk dan sering diundi yang terbaik di dunia.

Lelaki itu didakwa di mahkamah kelmarin dan berdepan 286 dakwaan bertindak jahat.

Semua bagasi yang terjejas itu sepatutnya dihantar ke beberapa lokasi di seluruh dunia termasuk Perth, Manila, Frankfurt, London dan San Francisco.

Menurut dokumen mahkamah, Tay tahu dia bakal menyebabka­n kerugian yang tidak sepatutnya kepada pengendali lapangan terbang itu.

Motif lelaki itu tidak diketahui dan tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Lapangan terbang itu menerima hampir 59 juta penumpang pada tahun lalu.

Jurucakap lapangan terbang itu memberitah­u akhbar Straits Times, kes itu adalah kejadian terpencil.

Katanya, pihaknya meluaskan liputan kamera keselamata­n di kawasan bagasi dan meningkatk­an rondaan. - AFP

Bali: Pihak berkuasa meningkatk­an tahap berjaga-jaga untuk sebuah gunung berapi di sini selepas ratusan gegaran kecil mencetuska­n kebimbanga­n ia mungkin meletus buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun.

Gunung Agung terletak kira-kira 75 kilometer dari Kuta, dikesan mencetuska­n gegaran sejak Ogos lalu dan pihak berkuasa mengisytih­arkan kawasan 7.5 kilometer dari puncak sebagai lokasi larangan.

Tiada debu meletus dari kawah tetapi ratusan gegaran kecil dikesan sejak dua hari lalu menyebabka­n 350 penduduk meninggalk­an kediaman mereka kelmarin.

“Walaupun gegaran tidak kerap dua hari lalu termasuk gempa selama 480 saat, penduduk mesti berwaspada,” kata Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Willem Rampangile­i.

Lapangan terbang di pulau pelanconga­n popular dunia itu juga tidak terjejas dengan aktiviti berkenaan tetapi pihak pengurusan memantau situasi dengan teliti.

“Semua penerbanga­n berjalan seperti biasa dan tiada pembatalan akibat debu gunung berapi,” kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabang­sa

 ??  ?? SEORANG penduduk merakam gambar Gunung Agung dari stesen pemantau di Kampung Rendang di Karangasem, Bali kelmarin. - Reuters
SEORANG penduduk merakam gambar Gunung Agung dari stesen pemantau di Kampung Rendang di Karangasem, Bali kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia