Harian Metro

Bangkit genggam emas

- Azlan Muhammad Zain dan Sukhairi Thani sukan@hmetro.com.my

 Tragedi terbabit nahas tak jejas prestasi Khairul dalam acara paracyclin­g

Peluang untuk pelumba paracyclin­g Mohd Khairul Hazwan Wahab beraksi di temasya ini hampir musnah apabila terbabit dalam kemalangan ketika latihan awal bulan ini.

Bagaimanap­un, pelumba kelahiran Labuan berusia 25 tahun itu bangkit dan memenangi emas acara ujian masa individu tandem bersama jurumudi Mohd Rauf Nur Misbah dengan catatan 33 minit 13.877 saat semalam.

“Saya gembira dapat membuktika­n kemampuan dengan meraih emas walaupun cedera akibat kemalangan tempoh hari. Saya bernasib baik kerana semua memberikan sokongan padu terutama jurulatih untuk menaikkan semula semangat.

“Justeru saya sangat berpuas hati dengan kejayaan ini. Ini juga hadiah kepada jurumudi saya yang tidak dapat bersaing kali ini,” katanya.

Perak diraih pelumba Singapura Hang Siew Jessen dan Calvin Sim (34.34:832s) manakala rakan senegarany­a Wee Leong Tee dan Kee Meng Ang gangsa (35.10: 352s).

Khairul Hazwan bersama jurumudi asal Mohd Nor Rizuan Zainal mengalami kemalangan jalan raya ketika berlatih di lebuh raya LATAR pada 7 September lalu.

Bagaimanap­un Rizuan tidak dapat dapat beraksi kerana kecederaan belakang manakala Khairul Hazwan hanya cedera ringan walapun mengalami hentakan di kepala.

Gandingan Khairul Hazwan dan Rauf bagaimanap­un bukan kombinasi baru kerana kedua-duanya pernah digandingk­an sejak dua tahun lalu sebelum Rizuan mengambil alih pada awal tahun ini.

Seorang lagi pelumba negara yang terbabit dalam kemalangan sama, Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali bersama jurumudi Hafiz Sufian gagal menamatkan perlumbaan susulan masalah kerosakan basikal.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? KHAIRUL (belakang) bersama Rauf pada ujian masa individu lelaki B3 di Sukan Para ASEAN KL2017 di Putrajaya, semalam.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH KHAIRUL (belakang) bersama Rauf pada ujian masa individu lelaki B3 di Sukan Para ASEAN KL2017 di Putrajaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia