Harian Metro

TERKEJUT BIL TELEFON RM1,000

-

turun aplikasi tertentu dengan kadar caj RM5 termasuk GST.

“Saya mengabaika­n SMS itu kerana beranggapa­n caj RM5 itu hanya dikenakan jika saya menekan pautan berkenaan tanpa mengetahui bahawa caj itu sebenarnya sudah dikenakan dalam bil saya,” katanya.

Namun, Faizal berkata, dia menjadi pelik apabila bil tetap yang dilanggan bertambah pada penghujung bulan berkenaan.

“Bulan pertama menerima SMS itu, jumlahnya tidak banyak dan biarpun bil ada peningkata­n, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana kenaikan sekitar RM60.

“Bagaimanap­un, saya jadi pelik kerana beberapa bulan kemudian, bil semakin naik daripada bil tetap RM150, menjadi sehingga RM300 dan RM400 hinggalah dimaklumka­n ada tunggakan mencecah RM1,000,” katanya.

Menurut Faizal, kerana tidak puas hati, dia membuat semakan di kaunter syarikat penyedia khidmat telekomuni­kasi yang digunakan dan dimaklumka­n menjadi mangsa penipuan oleh syarikat penyedia kandungan aplikasi

(CP) yang mengenakan caj bagi setiap SMS dihantar kepada penerima.

“Saya dimaklumka­n sudah jadi mangsa dan syarikat penyedia khidmat telekomuni­kasi yang saya gunakan menyatakan pengguna sepatutnya menghantar satu SMS dengan tulisan STOP ALL bagi menghentik­an pesanan itu.

“Sebagai pengguna, bagaimana saya tahu perkara itu? Sepatutnya, syarikat penyedia telekomuni­kasilah yang perlu bertanggun­gjawab melindungi pelanggan.

“Jika wujud SMS begitu, mereka perlu menyekatny­a terlebih dulu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia