Harian Metro

JIHAD KITA LAWAN NAFSU

-

Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Makkah tetapi (yang tinggal hanyalah) jihad dan niat. Justeru, jika kalian diminta keluar berjihad, maka keluarlah! (Riwayat Bukhari). Alhamdulil­lah, kita sudah berada dalam tahun baru 1439 Hijrah. Kalender hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah SAW.

Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah al-Rasyidin kedua iaitu Saidina Umar AlKhattab RA. Ada beberapa cadangan daripada para sahabat sebagai penetapan tarikh bagi Madinah ketika itu.

Ada yang mencadangk­an tahun Islam bermula ketika kelahiran Rasulullah SAW, ada yang mencadangk­an permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitk­an sebagai Nabi dan Rasul. Awal Muharam bukan sekadar tahun baru atau kalendar Islam.

Ia adalah tanda keimanan seseorang dalam hidup menuju ke akhirat untuk kita merenung balik amal ibadat dan sumbangam kepada agama. Hijrah kita pada zaman sekarang berbeza dengan hijrah zaman Rasulullah SAW. Hijrah kita lebih pada bagaimana hendak berjihad melawan hawa nafsu kita sendiri.

Zaman sekarang terlalu banyak pengaruh yang tidak elok mudah meresap pemikiran dan perbuatan harian kita. Dalam kita hendak berjihad melawan hawa nafsu sendiri, kita juga ada tanggungja­wab mendidik, menjaga ahli keluarga daripada terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Baru-baru ini kita digemparka­n dengan kebakaran Maahad Tahfiz yang mengorbank­an 23 pelajar dan warden maahad berkenaan, angkara dendam oleh mereka yang masih muda remaja. Bagaimana seawal usia sedemikian, anak-anak muda kita sanggup berbuat perkara yang tidak berperikem­anusiaan.

Inilah nilai-nilai yang perlu kita buang daripada masyarakat, keluarga dan diri kita sendiri. Seperti yang dikatakan Saidina Ali: “Jika kamu mahu lihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya hari ini.” Masyarakat kita makin tenat jika dibiarkan, ia melarat.

Memang tidak mudah hidup pada zaman yang penuh dengan dugaan dari segi kewangan, tanggungja­wab pada keluarga, kerja dan sebagainya. Namun, andai kita berpegang teguh pada al-Quran dan sunah, insya-Allah semua baik-baik saja. Cakap memang mudah tapi mahu laksanakan sangat sukar.

Oleh itu, kita perlu kekuatan dari dalaman, sokongan orang di sekeliling dan mencari sahabat baik serta persekitar­an yang baik untuk membentuk peribadi diri serta keluarga.

“Sesungguhn­ya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d:11).

Mencari salah orang memang mudah tapi mencari salah sendiri sangat sukar dan perbetulka­n. Itu memang lumrah. Namun, kita tak boleh berputus asa dengan ujian yang Allah berikan kepada kita.

Sering membaca kisah pemuda Islam pada zaman Rasulullah SAW yang melakukan perkara mengikut standard kita hari ini, sungguh luar biasa seperti Usamah bin Ziad, yang mengepalai bala tentera ke Rom ketika umur beliau sekitar 18 tahun.

Apabila kita membaca kisah itu dan lihat pemuda pada hari ini, boleh sakit kepala. Kita perlu layan anak remaja seperti kawan kita supaya mereka ada tanggungja­wab pada diri sendiri kelak. Apabila kita bantu membentuk diri sendiri ke arah yang lebih baik, secara tidak langsung orang di sekeliling dapat melihat contoh daripada diri kita.

Alhamdulil­lah, sempena sambutan Maal Hijrah kali ini, saya dianugerah­kan Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor. Semoga dengan anugerah ini saya lebih bersemanga­t berdakwah demi agama dan negara.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik

Insya-Allah hati tenang

 ??  ?? ADAM (kanan) bersama Tokoh Maal Hijrah, Dr Osman Sabran (dua kiri) serta lima penerima anugerah khas sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
ADAM (kanan) bersama Tokoh Maal Hijrah, Dr Osman Sabran (dua kiri) serta lima penerima anugerah khas sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia