Harian Metro

‘MAK CIK DENGAR LETUPAN’

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 15 rumah dibina dengan kayu musnah

dalam kebakaran di Padang Bongor

“Mak cik dengar letupan sebelum api marak, makcik jerit kepada anak serta cucu supaya menyelamat­kan diri.

“Empat cucu terus menyelamat­kan mak cik menggunaka­n kerusi roda memandangk­an makcik tidak mampu berjalan akibat masalah lutut,” kata Mek Wok Che Ibrahim, 73, mangsa kebakaran di Padang Bongor, Wakaf Mek Zainab di sini, semalam.

Kebakaran jam 2.45 pagi itu menyebabka­n 15 rumah kayu dihuni lebih 50 mangsa musnah.

Mek Wok berkata, mereka tidak sempat menyelamat­kan barangan berharga dan ketika ini, mereka menumpang sementara di rumah jiran.

“Kami bersyukur kerana selamat walaupun kehilanege­ri ngan rumah yang dihuni lebih 50 tahun lalu,” katanya.

Ibu tunggal, Siti Fatimah Mamat, 61, berkata, dia dikejutkan anak sulungnya, Zuriana Osman, 45, selepas menyedari rumah terbakar.

“Akibat kebakaran, kami tinggal sehelai sepinggang dan kerugian kira-kira RM50,000.

“Buat sementara, kami menumpang di rumah saudara yang tinggal berdekatan. Kami harap ada pihak yang sudi membantu membina semula kediaman yang musnah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata, kebakaran menyebabka­n 15 rumah musnah di mana 11 berpenghun­i dan empat kosong.

“Kami menerima panggilan kebakaran jam 2.52 pagi dan 26 anggota dikerah ke lokasi.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kebakaran, jumlah kerugian lebih RM70,000,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA forensik bomba melakukan siasatan.
ANGGOTA forensik bomba melakukan siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia