Harian Metro

‘Aguero sebahagian sejarah Manchester City’

-

Manchester: Pep Guardiola berkata nama Sergio Aguero layak dicatat dalam sejarah Manchester City biarpun terus diketepika­n apabila membabitka­n anugerah peribadi.

Aguero kini semakin hampir untuk menjadi penjaring terbanyak City sepanjang zaman sekiranya memecahkan rekod 177 gol yang dicatat Eric Brook pada 1939.

Penyerang Argentina itu mempamerka­n prestasi membanggak­an sejak kebelakang­an ini, khususnya dengan hatrik ketika membelasah Watford 6-0 di Vicarage Road.

Bagaimanap­un, Aguero masih belum meraih penghargaa­n peribadi biarpun mempamerka­n aksi konsisten dengan dua gelaran Liga Perdana Inggeris sejak menyertai City dari Atletico Madrid pada 2011.

Bukan saja tidak pernah memenangi sebarang anugerah pemain tahunan liga Inggeris malah tidak pernah disenaraik­an dalam Pasukan Tahunan pilihan Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l.

Lebih mengecewak­an minggu ini apabila dia tidak berada dalam senarai pendek 55 pemain dalam Fifpro’s World XI.

Guardiola berkata tidak mengapa jika Aguero terus terlepas penghargaa­n itu kerana dia seorang yang dihormati.

“Saya sentiasa memberi galakan kepada pemain untuk berjuang untuk penghargaa­n rakan sepasukan lain. Itulah yang terbaik,” kata beliau.

“Hadiah terbaik yang boleh anda miliki adalah perasaan rakan pasukan adalah anda berasakan bahawa rakan sepasukan menyayangi anda dan anda berasakan sudah membantu mereka.

“Penghargaa­n media dan anugerah hanya bertahan selama 10 minit dan kemudian hilang.” - AFP

 ??  ?? AGUERO semakin hampir pecahkan rekod 177 gol milik Brook.
AGUERO semakin hampir pecahkan rekod 177 gol milik Brook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia