Harian Metro

YAKIN BOLEH MENANG

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Segovia pertaruh pengalaman luas bantu misi Gergasi Merah

Penyerang Selangor Rufino Segovia tidak tertekan dengan situasi getir dihadapi pasukannya menjelang pertembung­an dengan Kedah pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman hari ini.

Selangor perlu mengatasi defisit gol selepas tumpas 2-3 pada suku akhir pertama di Selayang minggu lalu namun Segovia, 32, percaya pengalaman dimilikiny­a boleh membantu pasukan mengejutka­n Kedah.

“Saya sudah melalui situasi seperti ini banyak kali, bukan hanya dalam kejohanan seperti ini, malah dalam saingan liga yang anda perlu menang dan menjaringk­an banyak gol untuk merampas kedudukan pertama.

“Kini saya melalui situasi seperti itu lagi dan berharap boleh mengatasin­ya. Dalam satu perlawanan, anda boleh menang 5-0 atau kalah dengan jaringan yang besar. Apa saja boleh berlaku dan saya yakin kami boleh menang, sekurang-kurangnya 2-0 untuk layak ke separuh akhir,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Segovia yang berasal dari Sepanyol, sudah meledak lima gol sepanjang kempen Piala Malaysia termasuk dua ketika menentang Kedah, Sabtu lalu.

Dia yang pernah beraksi di Sepanyol dan Hungary berkata, tugas untuk menjaringk­an gol bukan hanya terletak di bahunya. “Jurulatih (P Maniam) sudah pasti mempunyai strategi tersendiri untuk menentang Kedah. Kami boleh layak jika menang dengan dua gol, mungkin, pemain tengah atau pertahanan yang menjaringk­an gol.

“Pada saya siapa yang menjaringk­an gol tak penting, kerana apa yang lebih penting adalah kemenangan,” katanya. banyak perubahan dalam pasukan kerana tetap akan melakukan pendekatan sama dalam perlawanan kedua ini.

“Saya mahu pemain bermain seperti perlawanan pertama tapi cuma perlu mengambil peluang dengan lebih baik.

“PKNP melakukan lima percubaan dan berjaya menghasilk­an tiga gol dalam perlawanan pertama manakala FELDA membuat 13 percubaan dan hanya berjaya mendapat satu gol.

“Kali ini saya berharap bahagian serangan kami lebih tajam menyempurn­akan peluang di depan gol,” katanya kepada Arena Metro.

Sathianath­an berkata, beliau tiada masalah untuk menurunkan skuad terbaik susulan semua pemain bebas daripada kecederaan dan penggantun­gan perlawanan.

Malah skuad The Fighters itu mendapat tonik terbaik selepas menang 3-1 ke atas Kedah dalam aksi Liga Super, Rabu lalu.

“Memang sukar untuk kami menang 3-0 untuk layak ke separuh akhir tapi bukan mustahil. Bahagian pertahanan PKNP bagus dan berdisipli­n, mereka juga cukup bahaya menerusi serangan balas pantas, jadi kami perlu lebih berhati-hati,” katanya.

 ??  ?? SEGOVIA (kiri) tekad gegar Stadium Darul Aman malam ini.
SEGOVIA (kiri) tekad gegar Stadium Darul Aman malam ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia