Harian Metro

Mudah bersenam di rumah

-

memastikan mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Bagaimanap­un, katanya, dia pastikan makanan diambil seperti nasi dalam sukatan tidak terlalu banyak disertakan dengan sayursayur­an.

“Apabila usia makin meningkat, saya sedia maklum pengambila­n pemakanan harian memang harus diutamakan.

“Makan banyak sayuran hijau juga banyak khasiatnya dan baik untuk kesihatan. Itu saya akui,” katanya.

Bagi Liza, dalam soal penjagaan pemakanan dia suka mencari maklumat menerusi Internet atau membaca buku dan majalah kesihatan.

“Dalam zaman era teknologi sekarang, saya tidak nafikan apa saja maklumat diinginkan berada di hujung jari.

“Taip saja kata kunci maklumat yang dicari, dalam sekelip mata semuanya diperoleh dengan pantas. Apapun, saya juga tidak lupa melakukan pemeriksaa­n dan mendapatka­n nasihat doktor,” katanya.

Ujar Liza, nasihat doktor sangat penting dalam memastikan kesihatan sentiasa pada tahap yang baik.

Liza berkata, dia juga menitikber­atkan penjagaan kulit.

Namun, katanya, dia kini mendapatka­n khidmat dan nasihat daripada pakar kulit berpengala­man.

“Selain pastikan cuci muka sebelum tidur supaya kulit muka bebas daripada mekap, saya sapukan krim pelindung sinaran matahari setiap hari apabila keluar bekerja.

“Memandangk­an cuaca tidak menentu, memakai krim pelindung sinaran cahaya matahari sangat penting untuk kulit muka,” katanya.

Bagi penampilan gaya pula, Liza tidak begitu arif berkaitan fesyen yang sesuai dengannya. Katanya, untuk selamat dan memastikan gaya penampilan tidak dikecam, dia selesa memilih padanan pakaian ringkas dan sesuai.

“Dalam erti kata lain, saya lebih memilih gaya minimalis yang tidak begitu padat dan cukup sekadar ringkas,” katanya.

Liza yang bertugas sepenuh masa sebagai penyampai radio bersama Kool FM, kini mengatur perancanga­n untuk menyiapkan novel hasil nukilan pertamanya dalam bidang penulisan.

 ?? FOTO: ?? Penjagaan kesihatan
Minum air suam dua hingga tiga liter sehari
Lakukan senaman ringan di rumah
Pastikan bersarapan, makan tengah hari dan makan malam
Makan banyak sayursayur­an
Patuh nasihat doktor
Penjagaan kulit muka
Cuci muka sebelum...
FOTO: Penjagaan kesihatan Minum air suam dua hingga tiga liter sehari Lakukan senaman ringan di rumah Pastikan bersarapan, makan tengah hari dan makan malam Makan banyak sayursayur­an Patuh nasihat doktor Penjagaan kulit muka Cuci muka sebelum...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia