Harian Metro

Kenali susur galur bangsa

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Pengembara­an mengelilin­gi Malaysia Faye Lim bersama temannya, Rachel Lee dan Jon Cool selama setahun sejak 16 September tahun lalu untuk mengenali susur galur masyarakat Malaysia ternyata membuka sisi baru mengenai keunikan bangsa dan suku terdapat di seluruh negara.

Lebih bermakna ia dirakam menjadi satu dokumentar­i indah menerusi projek atau inisiatif dipanggil The Rojak Projek berjaya ditayangka­n ketika fasa kedua projek berkenaan iaitu Rediscover­ing Each Other berlangsun­g di WORK Glo Damansara baru-baru ini.

Dalam sesi majlis yang berlangsun­g secara ringkas dan santai itu, pameran seni dan tayangan video itu menjadi wacana utama dalam acara berkenaan turut menampilka­n gerai mini vendor tempatan dari Austism Cafe Project, Charlie’s Cafe (Sabah),

Julia Maran (Sarawak) dan banyak lagi sebagai sokongan terhadap projek berkenaan.

Objektif semestinya mahu menanam kesedaran semangat bersatu selain perasaan saling menghargai di sebalik perbezaan budaya di Malaysia yang menjadikan negara ini unik.

PROJEK BERI MANFAAT

SOSIAL

Kata Faye dia tidak menyangka projek seni dan sosial itu yang bermula dengan perbincang­an mengenai makanan boleh bertukar menjadi satu projek memberi manfaat sosial.

“Asalnya saya dan rakan bercakap mengenai makanan. Banyak jenis makanan kami tidak tahu namanya dan hal itu merebak kepada keluarga. Waktu itu datang kesedaran mengenai hasrat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai asal usul Malaysia itu sendiri.

“Seawal kutipan dana lagi dipanggil The Rojak Party pada tarih 16 setiap bulan bagi mencari dana untuk pengembara­an, kami membuat jualan selain merakam foto potret kemudian ditukarkan kepada interpreta­si warna menjadi sebahagian karya dipamerkan dalam kempen sama.

“Malah dalam program itu juga kami sempat menjalanka­n kaji selidik iaitu meminta pengunjung The Rojak Party menyatakan keturunan mereka. Penemuan nyata mencipta kejutan kerana sebalik bangsa kami tahu rupanya ia tidak semudah itu.

“Malah bayangkan dalam satu wajah atau rupa, darah mengalir pelbagai.

Ini menunjukka­n pelbagai warna dan antaranya mereka bangga dengan asal mereka penuh dengan pelbagai bangsa.

“Ini membuka mata sebenarnya bukan saja makanan warna-warni dan bercampur malah orang Malaysia terdiri pelbagai bangsa boleh bersatu dengan menghargai perbezaan antara satu sama lain,” katanya.

Antara pengalaman dikongsika­n Faye ialah ketika dia melawat Pasar Besar di Negeri Sembilan di mana semangat muhibah cukup terasa penjaja berlainan bangsa saling bergurau dan mengusik antara sama lain. Tidak cukup dengan itu ketika mengunjung­i Sarawak, satu lokasi di

Miri kedudukan gereja dan masjid bersebelah­an tidak pernah mencipta kebencian sebaliknya perasaan menghormat­i apabila mereka saling berkongsi parkir sama.

The Rojak Projek tanam semangat

bersatu selain saling menghargai

di sebalik perbezaan

budaya

GUNA MEDIUM FACEBOOK

Kata Faye dia hanya bermodalka­n soalan kepada rakan dan menggunaka­n medium Facebook untuk mendapatka­n info dan jaringan kenalan. Namun begitu, tidak pernah pula berdepan dengan provokasi malah diterima baik meskipun baru kali pertama bertemu.

“Percaya atau tidak 90 peratus individu kami dokumentar­ikan atau rakam potret mahupun ceritanya ialah kenalan baru. Malah kami kenal mereka hanya berdasarka­n kepercayaa­n kawan atas kawan.

“Selain itu kami secara rambang mendekati mereka menerusi laman sosial dan menariknya setiap pertanyaan kami tidak pernah disambut sepi sebaliknya mereka teruja dan sangat memberi kerjasama sepanjang rakaman dilakukan.

“Malah mereka dengan tulus membawa kami bertemu baik individu serta lokasi mahupun tinggalan budaya kerana bagi mereka itu kebanggaan apabila dikongsi bersama kami.

“Meskipun perbezaan budaya, agama mahupun warna kulit, mereka tidak

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia