Harian Metro

BUSANA MEMORI GADIS LITAR

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Rekaan Rizman Ruzaini terpilih digaya gadis litar pada perlumbaan terakhir F1

“Ini kali pertama kami mencuba nasib sebagai pereka busana untuk gadis litar perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) dan tidak sangka kami terpilih.

“Lebih bermakna, apabila F1 yang bakal dilangsung­kan di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), 1 Oktober ini kali terakhir diadakan jadi sudah tentu ia menjadi kenangan bermakna buat kami selama 13 tahun di dalam industri fesyen tanah air,” kata pereka duo, Rizman dan Ruzaini.

Menurut Ruzaini Jamil atau nama sebenarnya Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, dia dan Rizman menghasilk­an dua jenis busana untuk digayakan gadis litar pada Sabtu dan Ahad berkonsepk­an kasual moden dan tradisiona­l kontempora­ri.

“Busana tradisiona­l kontempora­ri ini diilhamkan daripada baju kebaya nyonya dengan sentuhan utama pada

lace warna hijau membawa imej korporat Petronas.

“Manakala bagi busana kasual moden pula ianya hasil sentuhan pada baju kurung Kedah dengan rekaan renda di bahagian belakang dan corak di bahu yang dikaitkan dengan F1,” katanya ketika ditemui pada majlis pameran fesyen gadis litar oleh pereka tempatan, Rizman Ruzaini di Suria KLCC, di sini, semalam.

Program itu antara pengisian sempena Pameran Grand Prix Formula 1 PETRONAS Malaysia 2017 di Concourse dan Esplanade, Suria KLCC bermula 23 September hingga 1 Oktober ini.

Pameran sembilan hari itu bertujuan memberi penghormat­an kepada penyokong tegar sukan itu, selain meraikan pencapaian PETRONAS dalam F1.

Beberapa acara dirancang termasuk pengalaman memasuki bilik perlumbaan, cabaran pit stop, memandu simulator F1 dan persembaha­n langsung artis tempatan.

Pengunjung juga berpeluang bertemu pemandu Mercedes AMG PETRONAS Motorsport, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas pada jam 6 petang 27 September ini.

 ??  ??
 ??  ?? RIZMAN (kanan) dan Ruzaini bersama model yang menggayaka­n busana untuk gadis litar F1.
RIZMAN (kanan) dan Ruzaini bersama model yang menggayaka­n busana untuk gadis litar F1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia