Harian Metro

BALA ATAS BUKIT

> Pilu hati Maulana Hameed Hussien, 42, apabila isterinya mati dipijak gajah liar ketika mereka tujuh beranak berhenti untuk tidur sekejap di sebuah bukit di pinggir hutan selepas tiga hari berjalan untuk melarikan diri ke sempadan Myanmar-Bangladesh.

-

tujuh beranak dalam perjalanan melarikan diri ke sempadan Myanmar dan Bangladesh dua minggu lalu.

Guru dan penceramah agama dari Fukirabaza­r itu berkata, isterinya Sabikum Nahar, 33, mati serta-merta selepas dipijak haiwan liar itu ketika mereka bersama lima anak berusia empat hingga 14 tahun berhenti rehat di pinggir sebuah hutan.

“Selepas tiga hari penat berjalan, kami berhenti rehat di sebuah bukit untuk tidur sekejap.

“Namun, pada awal pagi itu di situlah isteri saya meninggal dunia dipijak gajah yang tiba-tiba muncul dari hutan, anak bongsu saya yang tidur berhampira­n isteri bernasib baik tidak menjadi mangsa gajah itu,” katanya kepada Harian Metro yang mengikuti misi kemanusiaa­n

(Muslim Care) ke Kem Kutupalong di sini, semalam.

Katanya, kejadian itu hampir mematahkan semangatny­a untuk meneruskan perjalanan yang hanya ditemani lima anaknya yang masih ‘mentah’ itu.

“Saya rasa kehilangan dan tak tahu nak buat apa melainkan hanya terfikir mengebumik­an isteri di bukit itu.

“Dengan bantuan anak sulung, saya menggali tanah dalam hutan di bukit itu dan menanam jasad isteri tanpa kain kapan.

“Biarpun berat hati hendak meninggalk­an jasadnya di situ, kami tetap meneruskan perjalanan untuk melintas sempadan,” katanya.

Bagi Annuara Begum, 48, dia tidak sempat meratapi

 Wanita cari perlindung­an di Bangladesh bersama suami dan anak mati dipijak gajah

pemergian suaminya yang ditembak tentera kerana mahu menyelamat­kan diri dan segera sampai ke sempadan bersama anaknya.

“Suami meninggal dunia sebelum kami sampai di sempadan. Saya dan anak begitu terkilan tidak sempat mengebumik­an dia kerana tergesa-gesa mahu menyelamat­kan diri dan meneruskan perjalanan dengan melalui jalan berbukit selama lima hari.

“Sepanjang tempoh itu, kami hanya makan apa yang ada termasuk minum air sungai, biarpun hampir berputus asa tetapi kami teruskan juga demi mendapatka­n perlindung­an di sini,” katanya.

Suffiah Hartu, 30, pula terpaksa meneruskan perjalanan ke negara ini bersama lapan anaknya dengan hati yang berbelah bahagi tanpa suami dan anak sulung yang ditembak tentera ketika menuju ke sempadan.

“Kami sekeluarga bergerak bersama menuju ke sempadan tetapi dalam perjalanan anak sulung ditembak di leher manakala suami terpaksa menemaniny­a mendapatka­n bantuan untuk ke hospital.

“Kali terakhir saya menerima panggilan daripada suami mengatakan anak kami itu nazak beberapa hari lalu tetapi panggilan terputus selepas itu. Hingga kini, saya tidak mendengar berita mereka lagi,” katanya.

 ??  ?? HAMEED bersama dua daripada lima anaknya.
HAMEED bersama dua daripada lima anaknya.
 ??  ?? PELARIAN Rohingya mendapatka­n bantuan makanan di kem pelarian Kutupalong, Cox's Bazar, Bangldesh.
PELARIAN Rohingya mendapatka­n bantuan makanan di kem pelarian Kutupalong, Cox's Bazar, Bangldesh.
 ??  ?? BISKUT menjadi pengalas perut bagi kanak-kanak pelarian.
BISKUT menjadi pengalas perut bagi kanak-kanak pelarian.
 ??  ??
 ??  ?? DOKTOR melakukan pemeriksaa­n ke atas Pelarian Rohingya, yang hadir untuk menerima bantuan perubatan di klinik mobil yang dianjurkan Muslim Care Malaysia.
DOKTOR melakukan pemeriksaa­n ke atas Pelarian Rohingya, yang hadir untuk menerima bantuan perubatan di klinik mobil yang dianjurkan Muslim Care Malaysia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia