Harian Metro

225 PESTA LIAR DI HOTEL

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

 225 individu diserbu ketika galak berparti liar di hotel

Menari dan berhibur dalam keadaan lalok akibat berada di bawah pengaruh dadah dengan iringan muzik kuat serta deejay.

Itu suasana parti liar sebaik sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menyerbu kumpulan yang mengadakan parti itu di tingkat tujuh sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Parti liar anjuran itu disertai 225 individu termasuk 43 wanita, malah ada antara mereka sanggup datang dari Lembah Klang semata-mata menyertai parti itu.

Pemeriksaa­n jam 11.30 malam hingga 5 pagi semalam menahan 62 individu termasuk 13 wanita berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun selepas didapati positif dadah.

Lebih mengejutka­n, seorang daripada peserta yang ditahan selepas ujian air kencing mendapati positif dadah adalah penuntut politeknik.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, siasatan mendapati kumpulan itu menyebarka­n maklumat parti itu melalui WhatsApp, WeChat dan Instagram.

Menurutnya, peserta dikenakan bayaran RM58 sekiranya membeli lebih awal dan RM78 sekiranya datang terus

tanpa mengesahka­n kehadiran terlebih dahulu.

“Difahamkan penganjur beberapa kali mengadakan parti liar seperti itu antaranya di Ipoh, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur yang di langsungka­n di apartmen atau banglo.

“Polis turut merampas pil ekstasi dimiliki seorang peserta dan tujuh lagi di atas lantai dan tandas premis itu selain menemui 33.5 gram dadah disyaki ganja,” katanya.

Hasnan berkata, pihaknya kini masih menyiasat sama ada kumpulan sama menganjurk­an pesta dadah di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Katanya, semua yang ditahan kerana positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala peserta yang memiliki pil ekstasi disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB.

Menurutnya, bagi penemuan pil ekstasi dan ganja pula, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan 12(2) ADB 1952.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap peserta parti.
ANGGOTA polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap peserta parti.
 ??  ?? ANTARA peserta parti liar yang ditahan kerana positf dadah.
ANTARA peserta parti liar yang ditahan kerana positf dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia