Harian Metro

Munajat air mata

 Majlis tahlil dan bacaan Yasin di Surau Ittifaqiya­h dalam suasana hiba

- Suraya Roslan dan Mohd Hafidzul Hilmi Mohd Noor am@hmetro.com.my

“Ya Allah SWT, mereka ini meninggalk­an ibu bapa, mereka ini dipilih syahid ke jalan-Mu, mereka ini akan menunggu ibu bapa mereka di Padang Mahsyar.

“Ampunkanla­h dosa mereka ya Allah,” demikian antara doa dibacakan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Mohd Zahid Mahmod pada majlis tahlil dan bacaan Yasin di Surau Ittifaqiya­h, di sini, malam kelmarin.

Mohd Zahid yang membacakan doa dalam keadaan hiba gagal mengawal emosi dan menangis.

Beberapa jemaah dipercayai ahli keluarga mangsa turut sebak apabila doa dibacakan manakala seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Syamin dilihat mengesat air mata ketika itu.

Majlis berkenaan dihadiri 40 individu termasuk penduduk setempat, ahli keluarga mangsa

Saya minta maaf atas segalanya dan tidak mahu ada perbalahan di antara kedua-dua pihak”

Mohd Zahid Mahmod

dan pelajar terselamat.

Majlis diketuai Mohd Zahid bermula jam 9 malam disusuli ucapannya yang memohon maaf jika melakukan apa-apa kesilapan sehingga mengguris perasaan keluarga mangsa.

Mohd Zahid berkata, dia enggan hubungan antara keluarga dan pihak pengurusan berakhir akibat kejadian itu dan berharap mereka boleh bersama seperti dulu.

“Saya minta maaf atas segalanya dan tidak mahu ada perbalahan di antara kedua-dua pihak sehingga timbul isu hendak melantik peguam.

“Seperti keluarga mangsa, saya juga sayangkan anak ini dan menganggap mereka sebagai anak sendiri bahkan banyak masa saya dihabiskan bersama mereka,” katanya.

Katanya, pihak pengurusan tahfiz akan melakukan ziarah ke rumah waris mangsa dalam waktu terdekat sebaik siasatan pihak berkuasa selesai.

“Pertemuan semalam (kelmarin) menunjukka­n kita satu hati, satu keputusan dan matlamat dalam menentukan apa yang terbaik untuk waris keluarga yang terkorban,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat melakukan lawatan ketika ini berikutan kekangan masa selain perlu berurusan dengan banyak pihak termasuk polis dan bomba.

 ??  ??
 ??  ?? JEMAAH mengaminka­n doa tahlil dan bacaan Yasin untuk mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran di Pusat Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam.
JEMAAH mengaminka­n doa tahlil dan bacaan Yasin untuk mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran di Pusat Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam.
 ??  ?? MUHAMMAD Syamin turut hadir pada majlis tahlil dan bacaan Yasin di Surau Ittifaqiya­h.
MUHAMMAD Syamin turut hadir pada majlis tahlil dan bacaan Yasin di Surau Ittifaqiya­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia