Harian Metro

Onar beranak di beranda jiran

 Remaja lahir anak di rumah warga emas seberang jalan enggan dedah identiti kekasih

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Masih kepenatan selain malu dengan perbuatann­ya, remaja perempuan berusia 19 tahun yang ditahan polis kerana membuang bayi baru dilahirkan di Kampung Lubok, Semerah di sini, pagi kelmarin enggan memberikan maklumat identiti teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, polis belum memperoleh maklumat identiti kekasih wanita itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, remaja yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sambilan di daerah ini mengaku melahirkan bayi perempuan berkenaan jam 12.30 tengah malam di beranda rumah jirannya yang terletak di seberang jalan.

Abdul Wahib berkata, kejadian itu terbongkar apabila pemilik rumah berkenaan yang juga sepasang suami isteri warga emas pulang dari rumah anak mereka di Taman Sri Sulong, dekat sini, jam 7 pagi.

“Pasangan itu terkejut melihat bayi terbaring dengan kesan darah di tepi anjung rumah mereka.

“Sebaik menerima aduan pasangan berkenaan 45 minit kemudian, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi untuk menjalanka­n siasatan.

“Hasil siasatan awal, kami menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang tinggal berhampira­n lokasi jam 9.30 pagi.

“Remaja itu mengaku pergi ke rumah pasangan itu kerana sakit perut sebelum melahirkan bayinya,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Wahib berkata, sebaik melahirkan bayinya, remaja itu membuang tali pusat dan uri di rumahnya.

“Hasil siasatan mendapati bayi seberat 3.1 kilogram itu hasil hubungan remaja berkenaan dengan teman lelakinya dan ketika ditemui bayi dalam keadaan sihat.

“Remaja terbabit dan bayinya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk mendapatka­n rawatan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembuny­ikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

 ??  ?? REMAJA perempuan tinggal bayi dilahir di rumah jiran.
REMAJA perempuan tinggal bayi dilahir di rumah jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia