Harian Metro

Wanita Vietnam maut jatuh jejantas sesak

-

Kuala Lumpur: “Saya terdengar bunyi objek terjatuh dari tingkat atas jejantas sebelum mendapati seorang wanita terbaring di atas jalan berlumuran darah,” ujar pemandu teksi, Mohd Yusof Abdullah, 52, yang juga saksi kejadian wanita terjatuh berhampira­n Stesen Monorel Imbi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa yang dipercayai wanita warga Vietnam disyaki terjatuh dari jejantas stesen berkenaan yang dipenuhi orang ramai.

Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggu penumpang di kawasan itu sebelum terdengar bunyi dentuman dari tingkat atas jejantas berkenaan.

“Saya terpinga-pinga terkejut dan mencari arah bunyi itu.

“Saya melihat seorang wanita terbaring parah di bahu jalan dan membuat panggilan kecemasan dengan menghubung­i pihak ambulans dan polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, wanita itu didapati masih hidup ketika dihampiri namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan beberapa minit kemudian.

“Beberapa individu yang berada di jejantas berkenaan memaklumka­n tidak melihat bagaimana kejadian itu berlaku sama ada mangsa terjatuh atau membunuh diri.

“Kejadian itu menyebabka­n orang ramai berpusu-pusu membanjiri lokasi kejadian kerana mahu melihat mangsa dengan lebih dekat sebelum kawasan itu dikawal polis yang tiba beberapa minit kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 1.22 tengah hari.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah seorang wanita warganegar­a Vietnam berusia 20-an terjun dari tingkat 3 stesen monorel berkenaan.

“Semakan berdasarka­n pasport mangsa mendapati dia masuk ke Malaysia 10 September lalu,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai melihat mayat wanita yang terjatuh dari jejantas Stesen Monorel Imbi, semalam.
ORANG ramai melihat mayat wanita yang terjatuh dari jejantas Stesen Monorel Imbi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia