Harian Metro

Amalkan pelaburan konsisten

 Sumber kewangan tambahan mampu elak bebanan hutang, urus kehidupan

-

Melabur dan mengurus kewangan tidak sukar jika seseorang itu mengetahui ilmu asasnya seperti Kuasa Faedah Kompaun dan Rule of 72.

Masalahnya, ramai antara kita tidak mengambil tahu atau tidak sempat berikutan kesibukan dalam mengurus diri dan kehidupan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) Mohammad Hussin berkata, kegagalan mengurus pelaburan dan kewangan dengan betul menyebabka­n ramai terperangk­ap dalam bebanan hutang serta berdepan masalah kewangan tidak berkesudah­an.

“Masalah itu sebenarnya dapat dielakkan jika semua melabur secara konsisten setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil.

“Pelaburan tidaklah rumit, tetapi seseorang itu perlu ada ilmu untuk menguruska­nnya,” katanya.

Menerusi pelaburan, wang berpotensi untuk bertambah dan ini membantu melindungi nilainya daripada terus mengecil akibat inflasi.

Tabungan yang dibina menerusi pelaburan bakal menjadi sumber kewangan untuk merealisas­ikan impian atau apabila berlakunya kecemasan.

Katakan kita melabur RM50 setiap bulan selama 10 tahun dan menerima pulangan purata enam peratus setahun tanpa disedari kita akan mempunyai tabungan berjumlah RM8,000.

Inilah dikatakan keajaiban kuasa faedah kompaun apabila pulangan diterima membantu mengembang­kan wang dilaburkan.

“Untuk mendapatka­n lagi ilmu dan strategi melabur yang betul, orang ramai dijemput ke Fiesta Labur PNB 2017 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya bermula 28 September hingga 1 Oktober depan,” katanya.

Penasihat kewangan bertauliah terdiri daripada rakan sekerja ASNB dan ejen sedia menanti untuk membantu pengunjung dengan berkongsi ilmu pelaburan dalam membina kewangan lebih baik.

 ??  ?? RAKAN sekerja ASNB sedia memberi khidmat nasihat pelaburan dan membantu pengunjung melabur di Fiesta Labur PNB.
RAKAN sekerja ASNB sedia memberi khidmat nasihat pelaburan dan membantu pengunjung melabur di Fiesta Labur PNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia