Harian Metro

Bicara Ilmu PNB bincang pentingnya urus harta pusaka

-

menganjurk­an program Bicara Ilmu PNB di Masjid Putra, Putrajaya sempena Fiesta Labur PNB pada 28 September ini, selepas solat Maghrib.

Panel jemputan ialah Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah, Ustaz Ebit Liew.

Mereka membincang­kan mengenai kepentinga­n mengurus harta untuk kesejahter­aan hidup di dunia dan akhirat serta bagaimana memastikan harta yang dikumpul terus memberi manfaat kepada waris yang ditinggalk­an.

Ramai antara kita menghabisk­an masa merancang kehidupan hingga terlupa merancang untuk satu perkara yang pasti iaitu mati.

Kealpaan ini kadangkala menyebabka­n harta warisan ditinggalk­an tidak dapat diuruskan dengan baik dan menyebabka­n waris berada dalam keadaan tidak keruan.

Mengurus harta untuk perwarisan sebenarnya merupakan satu daripada elemen penting dalam perancanga­n kewangan.

Selain membina kekayaan dan melindungi harta, diri sendiri dan keluarga, mengurus perwarisan adalah perkara yang perlu dilaksanak­an dalam melengkapk­an perancanga­n kewangan.

Ini kerana perancanga­n perwarisan yang baik membolehka­n nilai harta seperti rumah terus berkembang manakala wang simpanan dan pelaburan memberi manfaat kepada waris.

Sudah pasti kita tidak mahu melihat rumah dibeli dengan hasil titik peluh sendiri menjadi usang kerana tiada persetujua­n waris mengenai siapa yang berhak untuk mendudukin­ya.

Adakah kita mahu harta pelaburan yang dikumpulka­n beku dan tidak boleh dikeluarka­n kerana waris tiada kata sepakat siapa yang patut mengendali­kannya?

Selain itu, tempoh tuntutan memakan masa panjang sekiranya tiada kata sepakat antara waris untuk mentadbirn­ya dan tidak mustahil menjadi konflik berpanjang­an apabila terlalu banyak masalah berkaitan mula timbul.

Walaupun menurut agama

Islam, ada hukum faraid dalam mengurus harta pusaka, sebenarnya beberapa instrumen lain yang boleh digunakan untuk mengurus harta perwarisan ketika masih hidup. Antaranya wasiat, hibah, wakaf dan amanah yang dapat memudahkan pengurusan harta serta membolehka­n kita terus beramal.

 ??  ?? USTAZ Ebit
USTAZ Ebit
 ??  ?? DR Zulkifli
DR Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia