Harian Metro

‘Dunia ini bukan tempat untuknya’

-

Cox’s Bazar: Raut wajah wanita muda ini ‘mendung’ manakala langkahnya lemah longlai seakan menanggung penderitaa­n yang tidak terhingga.

Rupa-rupanya selepas menjalani pemeriksaa­n kesihatan di klinik bergerak

(Muslim Care), terbongkar kisah kedukaanny­a yang baru saja kematian bayi selepas dilahirkan tidak cukup bulan kelmarin.

Shamarish, 21, ditemani suaminya ketika hadir mendapatka­n rawatan di klinik bergerak yang dibuka khusus sempena misi kemanusiaa­n pertubuhan itu dalam menghulurk­an bantuan kepada pelarian itu.

Ketika didekati penulis bersama penterjema­h tempatan Mohamad Zie, ibu muda dari perkampung­an Quason, Myanmar itu menceritak­an dia demam dan mengalami bisa badan selepas melahirkan bayinya.

Menurutnya, dia selamat melahirkan bayi lelaki pada usia kandungann­ya baru mencecah lapan bulan dengan bantuan suami dan wanita pelarian lain tanpa sebarang bantuan alatan perubatan sebelum anak kecil itu meninggal dunia.

“Dunia ini bukan tempat untuknya, saya tahu dia kini sedang berbahagia di sana.

“Saya bersyukur sempat menyusukan bayi saya buat kali pertama dan terakhir sebelum dia meninggal dunia di pangkuan saya.

“Detik itu biarpun cuma seketika cukup bermakna buat saya sebagai ibunya,” katanya sebak.

Mengimbau takdir yang membawanya ke kem berkenaan tujuh hari lalu, cerita Shamarish mereka sekeluarga berjaya melepasi sempadan selepas dua hari berjalan.

“Dalam perjalanan ke sempadan, saya sudah tidak larat sangat kerana sudah sarat. Ada masanya, suami mengangkat saya jika saya keletihan untuk berjalan.

“Mungkin tidak cukup rehat kerana terlalu banyak bergerak dan tidak makan lalu memberi kesan kepada kandungan saya,” katanya.

Dhaka Bangladesh mengharamk­an syarikat telekomuni­kasi yang beroperasi di negara itu menjual perkhidmat­an mereka kepada pelarian Rohingya sebagai langkah keselamata­n baru.

Empat penyedia rangkaian telekomuni­kasi Bangladesh akan didenda jika menjual perkhidmat­an mereka kepada 430,000 pelarian yang baru tiba dari Myanmar berikutan kerajaan merancang pengharama­n penggunaan telefon bimbit kepada pelarian serta-merta.

Pegawai kanan di Kementeria­n Komunikasi Bangladesh Enayet Hossin berkata, buat masa ini pelarian Rohingya tidak boleh membeli kad SIM untuk berhubung dunia luar.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Tarana Halim menegaskan sekatan komunikasi terhadap minoriti Muslim tanpa kerakyatan adalah wajar atas alasan keselamata­n.

Bangladesh melarang penjualan kad SIM kepada rakyatnya sendiri yang tidak mempunyai kad pengenalan rasmi dalam usaha untuk mengekang militan tempatan.

“Kami mengambil langkah (mengalu-alukan Rohingya) atas dasar kemanusiaa­n tetapi pada masa sama soal keselamata­n kami tidak boleh kompromi,” kata Tarana tanpa menjelaska­n risiko ditimbulka­n Rohingya.

Pihak berkuasa komunikasi Bangladesh berkata, larangan itu boleh ditarik balik apabila kad pengenalan biometrik dikeluarka­n kepada pelarian baru yang diproses tentera dan mengambil masa enam bulan.

Ia hanyalah sekatan terbaru dikenakan ke atas Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di Rakhine, berdekatan kem pelarian di daerah Cox’s Bazar di selatan Bangladesh dalam tempoh empat minggu yang lalu. -AFP

 ?? Shamarish ?? Biarpun cuma seketika,
cukup bermakna buat saya sebagai
ibunya
Shamarish Biarpun cuma seketika, cukup bermakna buat saya sebagai ibunya
 ??  ?? LORI yang membawa bantuan
untuk pelarian Rohingnya di Kem Pelarian Kutupalong.
LORI yang membawa bantuan untuk pelarian Rohingnya di Kem Pelarian Kutupalong.
 ??  ?? BERKONGSI makanan berlaukkan telur rebus.
BERKONGSI makanan berlaukkan telur rebus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia