Harian Metro

Cedera dinoda tentera Myanmar

-

Ramai pelarian wanita Rohingya yang menerima rawatan di Bangladesh didapati mengalami kecederaan konsisten dengan keganasan seksual.

Kebanyakan petugas klinik dan pegawai perubatan yang merawat sebahagian daripada 429,000 Rohingya dalam beberapa minggu lalu melihat ratusan wanita mengalami kecederaan pada alat sulit mereka yang dikaitkan dengan kesan pemerkosaa­n.

Ia disokong dalam beberapa rumusan kes perubatan yang menunjukka­n tuduhan ini bermula daripada pencabulan dan pemerkosaa­n beramai-ramai dilakukan tentera Myanmar kepada kelompok wanita yang tidak mampu melawan mereka.

Bercakap kepada Reuters, lapan petugas perubatan di kem penempatan sementara di wilayah ini mendedahka­n, mereka sudah merawat lebih daripada 25 kes wanita yang dirogol sejak penghujung Ogos lalu.

Kebanyakan petugas perubatan tidak menerangka­n terperinci apa yang berlaku kepada pesakit mereka tetapi melihat gejala fizikal puluhan wanita kerap mendakwa mereka diperlakuk­an tentera Myanmar.

Pegawai Perubatan

(IOM) Dr Tasnuba Nourin mendedahka­n, dia merawat sekurang-kurangnya lima wanita yang menjadi mangsa rogol baru-baru ini.

Katanya, setiap kes kecederaan diteliti selaras dengan laporan pesakit mengenai apa yang berlaku kepada mereka.

“Kami mendapati tanda pada vagina wanita menunjukka­n serangan sangat kuat dan tidak berperikem­anusiaan seperti digigit dan dirobek dengan senjata api.

“Analisis sering mendapati kecederaan yang berlaku membabitka­n penembusan, pemukulan dan ada yang kelihatan seperti pemotongan sengaja dilakukan pelakunya,” katanya. -REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia