Harian Metro

Sembilan remaja berpesta ganja ditahan

-

Kuala Lumpur: Belumpun reda kisah remaja lalok dadah membakar tahfiz di Keramat, baru-baru ini, sekumpulan lagi belia lelaki diberkas selepas berpesta dadah di taman permainan di Taman Danau Kota, di sini.

Sembilan suspek terbabit didakwa membawa ganja dan tabung khas yang digunakan untuk menghisap dadah di lokasi itu.

Bagaimanap­un mereka diberkas 24 anggota dan pegawai dari Balai Polis Setapak diketuai Asisten Superinten­dan Wee Bee Seng dalam operasi khas jam 1 pagi semalam.

Sumber berkata, sembilan lelaki ditahan bersama tabung ganja berfungsi sebagai ‘dapur’ selain empat ketulan mampat daun kering dipercayai ganja.

“Kegiatan suspek dikesan ketika operasi cegah jenayah di sekitar Setapak di sini. Pihak polis mendapati sekumpulan lelaki berada dalam keadaan mencurigak­an apabila melepak di kawasan taman permainan.

“Selepas intipan, polis mendekati kumpulan itu sebelum menahan remaja itu untuk pemeriksaa­n,” katanya.

Beliau berkata, polis menemui empat peket daun kering mampat disyaki ganja pada badan suspek.

“Malah ketika ditahan, semua suspek lelaki berusia 20 hingga 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal akibat pengaruh ganja,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi serentak itu, pihaknya menahan 16 individu berusia 20 hingga 25 tahun di sekitar Setapak di sini, termasuk sembilan lelaki yang ditahan di taman permainan.

“Seramai 10 daripada mereka disyaki penagih, empat lelaki memiliki ganja dan dua lagi lelaki ditahan kerana dikehendak­i polis berhubung laporan di Balai Polis Selayang dan Sentul.

“Semua suspek dibawa ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut. Operasi tamat jam 3 pagi,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK yang ditahan ketika sedang khayal di taman permainan.
SUSPEK yang ditahan ketika sedang khayal di taman permainan.
 ??  ?? DADAH dan peralatan yang digunakan untuk menghidap ganja.
DADAH dan peralatan yang digunakan untuk menghidap ganja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia