Harian Metro

Puas di darat ke laut pula

- Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

Kuantan: Minat mendalam menjadi pendorong kuat kepada Ahmad Hilmy Mohd Safaruddin, 24, untuk menyertai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) walaupun mengetahui banyak rintangan dan cabaran bakal dihadapi.

“Pengalaman selama lima tahun sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjadi landasan terbaik kepada saya bertugas dengan APMM bagi mempertaha­nkan perairan negara daripada diceroboh.

“Walaupun berbeza tugas dan tanggungja­wab, matlamatny­a hampir sama iaitu membela nasib rakyat serta memastikan keamanan negara terus terjaga,” kata anak keenam daripada tujuh adik beradik itu.

Dia berkata demikian selepas menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruha­n Majlis Tamat Latihan Laskar Kelas ll Maritim Siri 14 disempurna­kan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar di

Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini, kelmarin.

Seramai 146 pelatih terdiri daripada 128 lelaki dan 18 wanita berjaya menamatkan latihan selama sembilan itu.

Ahmad Hilmy yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, dia gembira serta bersyukur berjaya menamatkan latihan dengan sempurna dan lebih manis apabila menerima anugerah pelatih terbaik.

“Saya kini tidak sabar untuk bertugas di lapangan dengan melakukan rondaan mengawal perairan negara, manakala latihan sembilan bulan akan digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Nurul Farhana Tengah, 24, yang menerima Anugerah Laskar Nita Terbaik bersyukur walaupun berhadapan cabaran mental dan fizikal sepanjang sembilan bulan, akhirnya berjaya menamatkan latihan.

Dia yang berasal dari Kuala Berang, Terengganu itu berkata, minat mendalam dalam aktiviti lasak memberi kelebihan kepadanya melakukan semua ujian tanpa menghadapi banyak masalah berbanding pelatih lain.

“Ada 18 pelatih wanita saja dan ia sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk melakukan yang terbaik,” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Sementara itu, Zulkifli berpuas hati dengan pencapaian 146 pelatih bagi siri ini.

“Sepanjang latihan, pelatih diberi pelbagai ilmu pengetahua­n terutama membabitka­n tugas penguatkua­saan di Zon Maritim Malaysia.

“Selepas ini, mereka akan mengikuti Latihan Sambil Bekerja selama empat bulan di kapal yang berpangkal­an di daerah ini dan Pangkalan Maritim Malaysia bagi menimba pengalaman dalam tugas sebenar,” katanya.

Melaka

Biarpun dilahirkan sebagai orang kerdil, Ahmad Sharip Tarizan, 21, adalah seorang yang bercita-cita tinggi, malah dia tidak pernah putus asa untuk berjaya dalam bidang automotif yang diminatiny­a sejak kecil.

Anak kelahiran Kuala

Pilah, Negeri Sembilan itu dilahirkan normal namun ketinggian­nya cuma 125 sentimeter atau satu meter sahaja, menjadikan dia seorang kerdil dalam keluarga kerana adik-beradik lain dilahirkan normal.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, kerana mahu menambah ilmu dia mengikuti kursus Sijil Servis Kenderaan Ringan di Kolej Komuniti Jempol, selama dua tahun dari 2014 hingga 2016 dan bersyukur kerana menamatkan kursus itu dengan cemerlang.

“Sepanjang mengikuti kursus, saya akui saiz badan menyukarka­n saya melakukan tugasan amali. Tetapi saya tetap berikan komitmen terbaik kepada pelajaran, malah berusaha menyiapkan setiap tugasan diberikan pensyarah dengan cepat dan kemas.

“Selain itu, rakan sekelas banyak memberi dorongan dan membantu saya, mereka pembakar semangat untuk saya berjaya,” katanya yang ditemui pada Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan 2017 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Ahmad Sharip berkata, dia menjalani latihan industri di sebuah bengkel di Bahau, atas kesungguha­n, komitmen terhadap kerja dan minat ditunjukka­n majikannya menawarkan pekerjaan sebagai mekanik kepadanya.

Katanya, dia kini berasa lebih yakin untuk terus maju dalam bidang diminati selepas menerima sijil kemahiran pada majlis konvokesye­n dan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya bukan berasal daripada keluarga senang, jadi bila sudah ada peluang saya gunakan sebaik mungkin kerana tidak mahu hampakan ibu bapa walaupun fizikal saya berbeza daripada rakan sebaya lain,” katanya.

Seramai 1,230 graduan lepasan sijil diraikan pada majlis konvokesye­n itu yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n), Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Nik Ali Mat Yunus manakala penyampaia­n sijil disempurna­kan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) Mohd Nasir Abd Ghani.

Nik Ali berkata, graduan kolej komuniti kini sedia berdepan gelombang

Revolusi Perindustr­ian 4.0 sebagai persediaan menceburi industri pekerjaan baru.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun kebelakang­an ini, graduan kolej komuniti turut mencatatka­n rekod kebolehpas­aran 97 peratus.

“Saya boleh nyatakan hampir 100 peratus

(graduan) mendapat tempat dalam bidang kemahiran manakala 15 peratus lagi memilih untuk menyambung pengajian,” katanya.

Menurutnya, kolej komuniti yang dikategori sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu kini mula melangkah ke arah melengkapk­an sistem pengajaran berdepan

Revolusi

Perindustr­ian 4.0.

 ??  ?? GRADUAN OKU dari kiri, Muhammad Hafiz Hasan Basri, Ahmad Sharip dan Nur Iman Ali menunjukka­n sijil diterima. AHMAD Sharif bersama rakannya.
GRADUAN OKU dari kiri, Muhammad Hafiz Hasan Basri, Ahmad Sharip dan Nur Iman Ali menunjukka­n sijil diterima. AHMAD Sharif bersama rakannya.
 ?? Nurul Farhana ?? Ada 18 pelatih wanita saja dan ia sedikit sebanyak
menyuntik semangat saya
PELATIH APMM meraikan kejayaan ketika Majlis Tamat Latihan Laskar Kelas ll Maritim Siri 14 di AMSAS, Kuantan.
Nurul Farhana Ada 18 pelatih wanita saja dan ia sedikit sebanyak menyuntik semangat saya PELATIH APMM meraikan kejayaan ketika Majlis Tamat Latihan Laskar Kelas ll Maritim Siri 14 di AMSAS, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia