Harian Metro

POMEN KERDIL KENTAL ‘Minta mama wakil aku’

-

Melaka: “Kalau aku tak dapat datang ambil sijil konvo (konvokesye­n), minta Mama (Ibu) datang wakilkan aku. Itu pesanan terakhir arwah kepada rakannya dua minggu sebelum terbabit dalam kemalangan maut.

“Hari ini kami lega kerana sempurnaka­n permintaan arwah dengan ibunya sendiri naik ke pentas untuk terima sijil kemahiran bagi mewakiliny­a,” kata Sulaiman Md Sam, 52, bapa arwah Nazmi Hariz, graduan Kolej Komuniti Bukit Beruang yang maut dalam kemalangan jalan raya 11 September lalu.

Semalam ibunya,

Normala Abdul Aziz, 51, mewakili arwah menerima sijil kemahiran itu pada Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti 2017 Melaka dan Negeri Sembilan, di Dewan Seri Negeri, di sini, sambil disaksikan 1,230 graduan lain yang menamatkan kursus masing-masing.

Arwah, penuntut jurusan automotif, anak kedua daripada tiga beradik maut apabila motosikal ditunggang melanggar belakang sebuah jengkaut di Jalan Kiyai Hashim,

Bukit Katil.

Sulaiman yang juga Pengarah

 Lelaki setinggi 125sm teruja tunai impian selepas miliki sijil kemahiran

Jabatan Kebersihan dan Kesihatan Awam, Majlis Perbandara­n Hang Tuah

Jaya (MPHTJ) berkata, dia bersyukur dapat menunaikan permintaan terakhir arwah.

“Walaupun kami berasa berat hati, demi penuhi impian arwah, saya dan isteri gagahkan diri hadir mewakiliny­a.

“Seperti ibu bapa lain, kami bangga dengan pencapaian arwah walaupun dia tiada bersama di sini, hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, bagi penoreh getah yang juga masyarakat Orang Asli Achong Gang, 50, kegembiraa­n atas kejayaan anak perempuann­ya,

Marani Achong, 20, menamatkan kursus

kemahiran rangkaian komputer diraikan seluruh penduduk kampungnya.

Lelaki masyarakat Orang Asli keturunan Temuan berasal dari Perkampung Orang Asli Sawah, Jelebu, Negeri Sembilan itu berharap kejayaan Marani menjadi contoh kepada belia lain di kampungnya.

“Saya mahu belia di kampung mengikut jejak langkah anak kami, baiki kelemahan diri dengan melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi agar dapat mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Sebagai perintis di kampung, besar harapan keluarga jika Marani, dapat membantu membaiki kehidupan kami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SULAIMAN menunjukka­n sijil diperoleh bersama isterinya.
NORMALA mengambil sijil mewakili anaknya, semalam. NAZMI (tengah) bersama ahli keluargany­a.
SULAIMAN menunjukka­n sijil diperoleh bersama isterinya. NORMALA mengambil sijil mewakili anaknya, semalam. NAZMI (tengah) bersama ahli keluargany­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia