Harian Metro

Cair hati dipanggil mama

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Eksekutif perbankan hilang penat urus rumah anak yatim peninggala­n arwah kakak

Tiada siapa menduga pemergian kakaknya menghadap Illahi 16 Ogos lalu menyuntik azimat berharga buat eksekutif perbankan Hamidah Sulong, 33, meneruskan kelangsung­an tanggungja­wab yang ditinggalk­an arwah untuk mengendali­kan operasi rumah anak yatim di Bukit Setongkol, di sini.

Walaupun berdepan dengan cabaran masa, tempat tinggal dan tuntutan tugas hakiki, ia tidak mematahkan semangat wanita berasal dari Dungun, Terengganu itu meneruskan cita-cita dan amanah yang ditinggalk­an arwah kakaknya, Sofea.

Menceritak­an usahanya selepas kematian kakak akibat penyakit jangkitan paru-paru, Hamidah berkata, dia tidak pernah terfikir untuk memiliki atau menguruska­n rumah anak yatim yang diasaskan kakaknya.

Dengan tuntutan tugas sebagai pegawai bank di ibu negara serta perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan setiap minggu, ia bukan tugas mudah.

Namun segalanya berubah sekelip mata apabila dia diamanahka­n kakaknya untuk menguruska­n secara bersama pertubuhan berkenaan bersama abang iparnya.

“Rumah anak yatim ini mempunyai 15 penghuni terdiri daripada mereka yang berusia dua hingga 15 tahun. Arwah kakak buka rumah ini pada 2015 dan memang cita-citanya membuka rumah anak yatim untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik.

“Tetapi selepas dia meninggal dunia, saya seakan-akan diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan impiannya. Tidak pernah terfikir sebelum ini untuk menguruska­n pertubuhan ini. Alhamdulil­lah, Allah beri saya kecekalan biarpun saya tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, walaupun berdepan kekangan masa dan kerjaya, ia tidak menjadi penghalang buatnya berulang-alik setiap minggu pada Jumaat hingga Ahad meluangkan masa bersama anak yatim di bawah jagaannya. Apatah lagi segala kepenatan dan kesusahan yang dilalui terubat sebaik mendengar anak-anak yatim pertubuhan berkenaan memanggiln­ya dengan gelaran ‘mama’.

Pertubuhan yang beroperasi secara sewaan di kediaman teres dua tingkat itu mempunyai lima penjaga termasuk tukang masak dan guru al-Quran yang mengambil tanggungja­wab mengurus dan menyediaka­n kelengkapa­n harian kanak-kanak dan remaja terbabit termasuk urusan persekolah­an mereka.

“Saya bersyukur mempunyai ibu saudara, abang dan abang ipar yang turut membantu menguruska­n pertubuhan ini. Jika diikutkan perbelanja­an pertubuhan ini memerlukan RM10,000 sebulan dan saya berdoa pertubuhan ini dapat bertahan walaupun dengan ketiadaan arwah,” katanya.

Hamidah berkata, dia cuba memastikan anak-anak di bawah seliaannya mendapat kehidupan berkualiti seperti kanak-kanak lain dengan menyediaka­n keperluan makanan, perbelanja­an sekolah dan kelas agama kepada

mereka.

Mengenai cabaran, katanya, sebelum ini segala perbelanja­an pertubuhan anak yatim berkenaan ditanggung wang keuntungan daripada perniagaan arwah kakaknya yang membuka perniagaan selepas menyampaik­an sumbangan.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota Muhammad Faiz Hashim.

“Kemudahan di sini belum lengkap seperti kipas angin dan pagar rumah yang pembinaann­ya terbengkal­ai selepas arwah kakak (Sofea Sulong) yang

jual beli kenderaan.

Dia kini berusaha menyediaka­n kenderaan sendiri untuk menghantar anak yatim berkenaan ke sekolah. Buat masa ini, mereka terpaksa menyewa van.

“Insya-Allah jika ada rezeki juga pengasas rumah ini meninggal dunia Ogos lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurka­n ke akaun Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang 06100-41-00031335-9 (Bank Simpanan Nasional).

lebih kami akan sediakan kenderaan sendiri. Sebelum ini, kami ada kenderaan iaitu milik arwah kakak namun ia rosak teruk akibat kemalangan,” katanya.

Beliau mengalu-alukan individu persendiri­an, badan

korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pertubuhan mereka terutama dalam memastikan keperluan harian dan keselamata­n rumah anak yatim dalam keadaan baik.

 ??  ?? HAMIDAH (tengah) bersama anak yatim yang diuruskan Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang di Bukit Setongkol.
HAMIDAH (tengah) bersama anak yatim yang diuruskan Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang di Bukit Setongkol.
 ??  ?? MUSTAFFAR Kamal (duduk, kanan) bersama penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Pertubuhan Kasih Sayang Bukit Setongkol.
MUSTAFFAR Kamal (duduk, kanan) bersama penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Pertubuhan Kasih Sayang Bukit Setongkol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia