Harian Metro

AURA BUDIMAN

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

 Peserta konvoi berpakaian kemas bantu pesakit kanser

Melaka

Konvoi lebih 200 motosikal pelbagai jenis bersempena program (DGR) berkumpul berhampira­n Masjid Kampung Hulu, semalam menarik perhatian orang ramai.

Apa yang unik, penunggang yang mengambil bahagian dalam konvoi berkenaan berpakaian kemas dengan masing-masing mengenakan seluar panjang, baju kemeja, kot dan bertali leher menggambar­kan seorang lelaki budiman.

Program julung kali diadakan di Melaka itu bertujuan mengutip derma dan meningkatk­an lagi kesedaran dalam kalangan lelaki mengenai pencegahan kanser prostat dan kejadian membunuh diri bagi yang menghadapi tekanan.

Jawatankua­sa Penganjur

Mike Thien berkata, penunggang yang mengambil bahagian bukan setakat menarik perhatian kaki motosikal di Melaka tetapi ada yang datang dari Muar, Johor.

“Kami amat gembira kerana sambutan amat menggalakk­an, sambil berkonvoi penunggang dapat sebarkan kesedaran mengenai bahaya kanser prostat yang kini menjadi penyakit utama mengancam nyawa lelaki.

“Sebenarnya program ini dianjurkan di lebih 100 negara seluruh dunia sejak 2012 lagi dengan matlamat untuk menyampaik­an mesej sama kepada kaum lelaki,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n Masjid Kampung Hulu, semalam.

Mike berkata, program tunggangan amal itu turut disertai penunggang wanita dan diasaskan Mark Hawwa selepas melihat gambar seorang jurufoto majalah Mad Men di Australia Don Draper yang menunggang motosikal klasik sambil memakai sut lengkap seperti lelaki budiman.

Jelasnya program kutipan amal untuk mengisi dana Yayasan Movember (dana untuk pesakit kanser prostat) itu turut ditaja oleh beberapa syarikat pengeluar motosikal terkemuka dunia seperti Triumph Motorcycle­s dan Zenith.

Menurutnya, bagi penganjura­n pada tahun lalu, program itu dianjurkan di 90 negara membabitka­n 505 bandar raya, disertai 57,000 penunggang dan berjaya mengumpul kutipan berjumlah RM16 juta.

Kumpulan penunggang terbabit memulakan konvoi pada jam 9.30 pagi dengan melalui beberapa lokasi tumpuan pelancong sekitar bandar raya Melaka seperti Stadthuys, Ayer Salak di Bukit Rambai sebelum menamatkan tunggangan mereka di Restoran Seafearer, Batang Tiga.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman turut hadir merasmikan penutup program antarabang­sa itu.

 ??  ?? WAK Doyok (kiri) antara artis yang menyertai program Konvoi Amal Motosikal Klasik The Distinguis­hed Gentlemen’s Ride.
WAK Doyok (kiri) antara artis yang menyertai program Konvoi Amal Motosikal Klasik The Distinguis­hed Gentlemen’s Ride.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia