Harian Metro

‘Sungguh pilu hatiku’

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

 Bapa terkilan tak sempat selamat anak lemas ketika cari etok

“Kenapa Aifa pergi dulu? Sepatutnya abah yang pergi,” rintih Samsudin Aroop, 61, bapa kepada mangsa lemas, Mariatul Aifa, 18.

Rintihan itu didengari sepupu mangsa, Idah Murni Baharuddin, 40, ketika menziarahi jenazah mangsa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin,

Mariatul Aifa dilaporkan terjatuh ke Sungai Semantan, dekat Taman Mentakab Indah, di sini, sebelum mayatnya dijumpai tiga jam kemudian.

Wanita itu berkata, dia berasa sebak sebaik mendengar rintihan bapa saudaranya itu kerana Samsudin sememangny­a menyayangi anak kelima daripada sepuluh beradik itu yang digambarka­n ceria dan peramah.

“Menurut bapa saudara (Samsudin), Aifa seorang yang riuh dalam adik-beradiknya dan rajin membantu keluargany­a menjual dodol.

“Dia juga ramah dan mudah diajak berbual walaupun dengan ahli keluarga yang sudah lama tidak bertemu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di Taman Mentakan Indah, di sini, semalam.

Suri rumah itu berkata, dia dimaklumka­n kejadian itu oleh kakak mangsa sebelum bergegas bertolak dari Manjung, Perak ke Temerloh malam kelmarin.

Sementara itu, Samsudin berkata, dia masih bersedih dengan kehilangan anak perempuann­ya itu.

“Saya terkilan kerana tidak dapat menyelamat­kannya walaupun sempat memegang tangannya apatah lagi mendengar jeritan terakhirny­a yang memanggil nama saya sebelum terpaksa melepaskan tangannya kerana arus deras.

“Beberapa hari sebelum itu, dia sempat memberitah­u mahu membelikan saya kek sempena hari lahir saya pada 28 September nanti tapi hasratnya itu tidak tercapai kerana pergi dulu,” katanya.

Sebelum kejadian, dia bersama isteri serta empat anaknya termasuk Mariatul Aifa mencari etok di kawasan Sungai Semantan untuk dijual di pasar tani.

“Kami sudah mahu pulang sebelum dikejutkan de- ngan suara anak menjerit memanggil nama saya selepas dia tergelinci­r.

“Saya paut tangannya, tetapi arus deras menyebabka­n saya melepaskan­nya malah saya diselamatk­an isteri yang menghulur tali dan menarik ke tebing,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamri Mohd Sidek berkata, mangsa Mariatul Aifa Samsudin ditemui jam 5.45 petang sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.30 petang.

 ?? Samsudin Aroop ?? Saya terkilan kerana tidak dapat menyelamat­kannya walaupun sempat memegang tangannya”
Samsudin Aroop Saya terkilan kerana tidak dapat menyelamat­kannya walaupun sempat memegang tangannya”
 ??  ??
 ??  ?? MARIATUL Aifa
MARIATUL Aifa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia