Harian Metro

Pecah tingkap selamat budak

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

 Empat lelaki bantu dua anak jiran terperangk­ap dalam kebakaran rumah

Tindakan empat lelaki tidak memperduli­kan nyawa mereka sendiri memecahkan cermin dan menanggalk­an jeriji besi tingkap menggunaka­n bongkah batu dan kayu menyelamat­kan dua kanak-kanak lelaki dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.35 pagi, hanya ibu mangsa berada di rumah manakala suaminya keluar bekerja sebelum keluar meminta pertolonga­n daripada jiran menyelamat­kan dua anak lelaki berusia enam dan 12 tahun yang terperangk­ap di dalam bilik tidur.

Zulkeflee Abu Mutalib, 48, berkata, dia bersama tiga lagi rakan yang kebetulan berada di situ tanpa berfikir panjang mencapai bongkah batu dan kayu di kawasan berhampira­n bagi memecahkan tingkap bilik rumah itu demi menyelamat­kan mereka.

“Sebaik kami dimaklumka­n ada dua mangsa kanak-kanak yang tidur dalam bilik, tanpa berlengah kami cuba membantu sekadar terdaya bagi menyelamat­kan nyawa mereka.

“Ketika itu hanya kami berempat tiba di lokasi kejadian dan kebetulan kami jiran terdekat dengan rumah yang terbakar,” katanya.

Beliau berkata, selepas memecahkan cermin dan menanggalk­an jeriji besi, dia menghulurk­an tangan ke dalam bilik menerusi tingkap serta menyentuh kaki seorang mangsa sebelum mengangkat­nya melalui tingkap untuk diselamatk­an.

Pada masa sama, seorang daripada kami sempat menelefon bomba untuk melaporkan kejadian. Keadaan lebih panik apabila kanak-kanak yang diselamatk­an itu semakin lemah akibat terhidu asap sebelum dihantar ke Hospital Langkawi menggunaka­n kereta persendiri­an kerana bomba belum tiba.

Sementara itu, Shahril Azhar, 28, berkata, kedua-dua mangsa mengalami sesak nafas yang teruk selain ada kesan melecur pada muka ketika diselamatk­an.

“Mereka (mangsa kanak-kanak) dirawat di hospital dan harapan saya semoga nyawa mereka panjang dan kami berempat bertindak spontan kerana kebetulan berada berhampira­n tempat kejadian.

“Ini tanggungja­wab sebagai jiran dan ia pengalaman pertama saya membantu mangsa kebakaran yang terperangk­ap dalam bilik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azri Mad Saad berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.40 pagi dan menghantar 15 anggota berserta empat jentera termasuk jentera Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

“Ketika pasukan operasi tiba di lokasi, kami dimaklumka­n kedua-dua mangsa kanak-kanak lelaki sudah dikeluarka­n orang awam dan dihantar ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut menggunaka­n kereta persendiri­an,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyiasat membuat pemeriksaa­n rumah yang terbakar di Kampung Gelam, Mukim Kedawang.
ANGGOTA penyiasat membuat pemeriksaa­n rumah yang terbakar di Kampung Gelam, Mukim Kedawang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia