Harian Metro

JUMLAH MANGSA BANJIR BERTAMBAH

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafizudin Mohd Safar am@hmetro.com.my

Alor Setar

Seramai 4,943 mangsa banjir membabitka­n 1,444 keluarga dari Kedah dan Perlis ditempatka­n di 35 Pusat Pemindahan Sementara

(PPS) setakat jam 4 petang semalam selepas kediaman mereka dilanda banjir sejak Khamis lalu.

Di Kedah seramai 3,439 mangsa banjir membabitka­n 1,014 keluarga ditempatka­n di 22 PPS sementara di Perlis seramai 1,504 mangsa banjir daripada 430 keluarga masih berada di 13 PPS seluruh Perlis.

Penyelaras Sekretaria­t Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, walaupun ada PPS yang ditutup namun jumlah mangsa meningkat kerana ada PPS baru yang dibuka.

Menurutnya, PPS di Kuala Muda sudah ditutup namun ada pertambaha­n baru di PPS Kota Setar membabitka­n lapan PPS berbanding semalam hanya empat.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah seramai 301 orang terdiri 83 keluarga dan PPS Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak seramai 13 orang membabitka­n dua keluarga.

“PPS Surau Assyakirin, Kepala Batas seramai 78 mangsa terdiri 21 keluarga dan PPS SK Alor Mengkudu seramai 106 orang membabitka­n 24 keluarga,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Saifuddin Abdullah berkata, PPS SK Alor Mengkudi seramai 106 orang membabitka­n 24 keluarga, PPS SK Bukit Pinang seramai 71 orang terdiri 25 keluarga dan PPS Dewan Taman Sri Bagan seramai 97 orang membabitka­n 24 keluarga.

“Dua lagi PPS di Kota Setar adalah SK Sri Gunung seramai 135 orang terdiri 43 keluarga dan Dewan Wawasan Kampung Kelompang seramai 39 orang terdiri 13 keluarga.

“Bagi Kubang Pasu pula lapan PPS dibuka iaitu PPS SK Kodiang Lama seramai 41 orang membabitka­n lapan keluarga dan PPS Dewan Kampung Lahar membabitka­n 64 orang terdiri 11 keluarga,” katanya.

Selain itu, katanya, PPS SMK Mahawangsa seramai 509 mangsa membabitka­n 242 keluarga dan PPS Dewan Tokong Cina seramai 167 orang terdiri daripada 55 keluarga.

“PPS Dewan Kubur Siam seramai 303 (92 keluarga), SK Jitra 2 seramai 19 orang membabitka­n enam keluarga dan Dewan Manggol Malau seramai 54 orang (11 keluarga). “Sementara itu, PPS Pertubuhan Peladang Kawasan Lubuk Batu seramai 512 orang (132 keluarga),” katanya.

Beliau berkata, di daerah Pendang pula satu PPS dibuka iaitu Dewan Rakan Sukan Tanah Merah seramai 269 orang dan 74 keluarga.

“Daerah Pokok Sena pula lima PPS dibuka iaitu SK Bukit Hijau seramai 435 orang membabitka­n 103 keluarga, PPS Madrasah Maahad Tarbiyah 113 mangsa membabitka­n 20 keluarga

 4,943 orang dari Kedah, Perlis ditempatka­n di 35 PPS

dan PPS Dewan Kampung Permatang Limau seramai 35 orang terdiri sembilan keluarga.

“Di PPS Surau Kampung Menerong seramai 18 orang membabitka­n empat keluarga dan Dewan Lubuk Keriang seramai 60 orang dan 12 keluarga,” katanya.

Sementara itu, Sekretaria­t Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis berkata, sebelum ini 24 PPS dibuka namun 10 sudah ditutup membabitka­n empat di Padang Besar dan enam di Arau.

“Sembilan PPS masih dibuka dalam Parlimen Kangar iaitu di SK Bintong, SK Panggau dan SK Sri Perlis.

“Enam lagi yang masih beroperasi dalam Parlimen Kangar adalah Dewan Orang Ramai (DOR) Kota Keran, DOR Pangkalan Asam, SK Sena, DOR Taman Seri Pilihan dan DOR Repoh dan DOR Tok Kandang.

“Semua mangsa terbabit menerima bekalan makanan yang dimasak anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis sementara bahan mentah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat melakukan pemantauan
di Kampung Banggol Kambing yang dilanda bah. MOTOSIKAL dipindah ke tempat tinggi selepas Sekolah Kebangsaan Seri Banai ditenggela­mi air. ANGGOTA penyelamat memantau Sekolah Kebangsaan Seri Banai
yang...
ANGGOTA penyelamat melakukan pemantauan di Kampung Banggol Kambing yang dilanda bah. MOTOSIKAL dipindah ke tempat tinggi selepas Sekolah Kebangsaan Seri Banai ditenggela­mi air. ANGGOTA penyelamat memantau Sekolah Kebangsaan Seri Banai yang...
 ??  ?? AZIZ Abdullah, 47, mengangkat benih padi dari stor bersebelah­an rumahnya yang dinaiki air.
AZIZ Abdullah, 47, mengangkat benih padi dari stor bersebelah­an rumahnya yang dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia