Harian Metro

Kaji dana PTPTN

- Idris Musa am@hmetro.com.my

 Kerajaan ambil perhatian peruntukan tidak cukup kelompok B40

Datuk Seri Najib Razak menerima pandangan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak cukup untuk memenuhi keperluan kelompok B40 (golongan berpendapa­tan rendah).

“Kita akan mengkaji lebih mendalam lagi. Sebab ia bukan masalah kaum India saja. Ia masalah semua masyarakat. Kita akan cari penyelesai­an.

“Masalahnya, kita tak boleh nak tambah cukai. Sebab tambah cukai rakyat Malaysia tidak suka. Rakyat Malaysia tidak suka membayar lebih cukai,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC ke-71 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramania­m, Timbalan Presiden MIC

Datuk Seri SK Devamany, Duta Khas ke India dan Asia Selatan Tun S Samy Vellu serta pemimpin parti komponen BN.

Najib berkata, kerajaan BN akan mengorak langkah ke hadapan melalui Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dan akan cuba menyelesai­kan masalah dihadapi masyarakat terbabit.

Menurutnya, dalam MIB yang dilancarka­n pada April lalu, tiga cabaran digariskan membabitka­n bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.

“Dalam bidang pendidikan, saya komited penyertaan kaum India mencapai 7 peratus di peringkat IPTA (institusi pengajian tinggi awam).

“Kita baru-baru ini terima 3,404 permohonan yang juga 5.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n permohonan. Daripada jumlah itu, 2,934 permohonan dikategori­kan sebagai permohonan yang layak dan seramai 2,199 ditawarkan tempat.

“Sebagai langkah untuk memastikan trend ini ke arah pencapaian sasaran 7 peratus, saya mengarahka­n Kementeria­n Pendidikan Tinggi supaya baki 735 permohonan layak diberi tawaran untuk menuntut di universiti kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Najib mahu MIC menyenarai­kan calon boleh menang, mempunyai kredibilit­i dan kualiti baik serta diterima oleh semua kaum pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tahu MIC mahu bertanding di semua kerusi yang sudah pun diagihkan sebelum ini kepadanya.

“Saya tahu dan saya mahu MIC prasyaratn­ya anda mesti menyenarai­kan calon boleh menang. Calon boleh menang ialah calon berkredibi­liti. Mesti ada penerimaan semua kaum,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bersama Dr Subramania­m (dua dari kiri) dan kepemimpin­an MIC mengangkat tangan sempena merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC ke-71 di Dewan Tun Razak PWTC, semalam.
NAJIB bersama Dr Subramania­m (dua dari kiri) dan kepemimpin­an MIC mengangkat tangan sempena merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC ke-71 di Dewan Tun Razak PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia