Harian Metro

Rancang peningkata­n iman

 Buka lembaran tahun 1439 Hijrah dengan melakukan muhasabah diri

-

Kita biasanya lebih teruja dengan kehadiran tahun baru bagi kalendar Masihi. Hakikatnya, umat Islam mempunyai takwim Islam yang sewajarnya diberikan perhatian utama.

Kini kita berada pada minggu pertama tahun 1439 Hijrah. Sedar atau tidak, berlalu hari-hari yang termuat dalam takwim

1438, pasti semuanya tidak akan kembali lagi.

Bagi membuka lembaran baharu kehidupan tahun 1439 Hijrah ini, elok rasanya kita melakukan muhasabah mengenai perjalanan kehidupan kita sepanjang tahun ini.

Perkara yang baik perlu diteruskan manakala sebarang perkara bersifat negatif perlu kita tinggalkan. Setiap insan pasti mahukan kehidupan yang terbaik.

Kehidupan yang dapat menjamin kebahagiaa­n untuk menuju alam yang kekal abadi.

Memohon keampunan kepada Allah SWT atas apa saja kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan adalah satu perkara wajib.

Tidak ada seorang hamba Muslim terlepas daripada kewajipan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sebaik-baik hamba di atas muka bumi ini ialah mereka yang segera kembali kepada Allah SWT dengan memohon keampunan daripada-Nya.

Jangan berputus harap dan beranggapa­n Allah SWT tidak akan mengampuni dosa-dosanya.

Sesungguhn­ya rahmat Allah SWT amat luas bagi sesiapa saja yang terus mengharap keampunanN­ya.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi yang maksudnya: “Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam! Seandainya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa hampir sepenuh isi bumi lalu kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak memperseku­tukan-Ku dengan sesuatu apapun, nescaya Aku pun akan mendatangi­mu dengan keampunan sebesar itu juga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Lihatlah betapa Allah SWT Maha Mengasihi setiap hamba-Nya yang melakukan dosa kepada-Nya dan segera memohon keampunan.

Selagi tidak melakukan syirik kepada Allah SWT, maka Dia pasti akan mengampunk­annya.

Malah Allah SWT mahukan kita semua tahu Dia Tuhan yang Maha Pengampun terhadap tiap-tiap hamba-Nya yang kembali bertaubat.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhn­ya Allah mengampunk­an segala dosa, sesungguhn­ya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah az-Zumar, ayat 53)

Apakah perancanga­n kita untuk tahun hadapan bagi memastikan hidup dalam keadaan taat dan patuh terhadap Allah SWT?

Selepas kita memohon keampunan daripada Allah SWT dengan bersungguh­sungguh, maka langkah seterusnya ialah melipatgan­dakan amalan kebaikan.

Semua orang tahu membezakan antara perkara baik dengan yang buruk, antara yang disuruh dengan yang dilarang.

Kita diberi panduan yang amat jelas mengenai hal itu oleh agama dan dijelaskan Rasulullah SAW.

Jadi, usah berlengah dalam melakukan kebaikan dalam kehidupan. Satu perkara yang perlu kita ingat dalam usaha melakukan kebaikan, usah beza-bezakan antara perkara baik yang mungkin kecil pada mata kita.

Lakukan apa saja perkara yang diyakini baik di sisi agama walaupun memberi senyuman kepada sesama insan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama Muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Begitulah luasnya rahmat Allah SWT yang tidak sekali-kali disekat kepada mana-mana hamba-Nya yang beriman.

Sentiasa berniat dalam hati untuk melakukan kebaikan dan pastikan kita benar-benar mampu melakukann­ya.

Jika setiap orang memasang pelbagai azam sempena tahun baru.

Jadi, kita tanamkan azam untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan berharap supaya kebaikan itu diterima oleh-Nya.

Niat amat penting sebelum melakukan sesuatu kebaikan. Niat yang baik di samping berusaha melakukan kebaikan pasti sesuatu itu akan mudah dicapai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhn­ya setiap amalan itu tidak lain tergantung pada niat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dengan kehadiran tahun baru 1439 Hijrah ini, marilah kita membuat satu perubahan untuk tidak menyisihka­n takwim Hijrah.

Inilah antara warisan lama digunakan umat Islam. Gunakan takwim ini di sekolah, pejabat kerajaan, masjid, surau dan tempat kerja supaya masyarakat sentiasa ambil peduli mengenai tarikh penting dalam Islam.

Peristiwa besar dalam Islam seperti Hijrah Rasulullah, Israk dan

Mikraj serta penentuan ibadat dalam Islam merujuk takwim Hijrah, maka penggunaan takwim ini perlu diperkasak­an tanpa perlu membuang takwim Masihi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia