Harian Metro

Amah cabut lari

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 Kebas barang RM11,000, tinggal dua anak majikan

Sepasang suami isteri kerugian lebih RM11,000 selepas pembantu rumah melarikan diri dengan membawa pelbagai barangan berharga dari kediaman mereka di Seksyen 8, di sini, pada 20 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang, amah berusia 34 tahun yang ditugaskan menjaga dua anak perempuan pasangan itu dikesan menghilang­kan diri dan membiarkan pintu pagar rumahnya terbuka.

Mangsa, Norsafirah Baizura Mat Isa, 27, berkata, jam 12.30 tengah hari dia melihat kamera litar tertutup (CCTV) rumahnya tidak berfungsi dan suaminya yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang mendapati wanita terbabit sudah menghilang­kan diri.

Menurutnya, menerusi rakaman CCTV jirannya, wanita terbabit dilihat kelam-kabut keluar dengan menaiki sebuah kereta dan membiarkan pintu pagar terbuka dan pintu rumah tidak berkunci.

“Anak perempuan saya yang berusia enam tahun dan tiga tahun terpinga-pinga kenapa dia melarikan diri, mujur mereka tahu menutup pintu pagar.

“Waktu dia melarikan diri kira-kira jam 2.30 petang, keadaan di dalam rumah bersepah dengan makanan tidak berkemas di atas meja,” katanya kepada Harian Metro.

Norsafirah yang juga usahawan kosmetik berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati komputer riba, dua telefon bimbit, tablet serta beg tangan jenama terkenal dipercayai dilarikan amah berkenaan.

“Kerjanya menjaga anak saya yang sulung sebab ada sawan dan perlu ada orang mengawasin­ya, hanya jaga anak dan kemas rumah.

“Semua barang yang dicuri itu saya simpan di dalam bilik. Kebiasaann­ya saya kunci dan hari itu saya hanya tutup pintu bilik,” katanya.

Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 9.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

 ?? Norsafirah Baizura Mat Isa ?? Anak perempuan saya yang berusia enam tahun dan tiga tahun terpinga-pinga kenapa dia melarikan diri, mujur mereka tahu menutup pintu pagar”
Norsafirah Baizura Mat Isa Anak perempuan saya yang berusia enam tahun dan tiga tahun terpinga-pinga kenapa dia melarikan diri, mujur mereka tahu menutup pintu pagar”
 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n pembantu rumah kelam-kabut keluar menaiki kereta di Seksyen 8.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n pembantu rumah kelam-kabut keluar menaiki kereta di Seksyen 8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia