Harian Metro

Pasangan warga emas harap ihsan jiran harungi kehidupan

-

Bera: Hanya belas ihsan jiran menjadi tempat bergantung bagi pasangan suami isteri, Yaakob Awang Kechik, 67 dan Hapashah Ali, 68, untuk meneruskan kehidupan seharian.

Pasangan itu menderita akibat kencing manis serta angin ahmar menyebabka­n kedua-duanya terbatas pergerakan, sekali gus menyukarka­n mereka menguruska­n diri.

“Kami tidak boleh bergerak namun bernasib baik kerana mempunyai jiran yang mengambil berat menguruska­n kehidupan seharian.

“Bantuan bulanan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan hanya satu-satunya punca pendapatan yang digunakan membeli barang keperluan.

“Memanglah ia tidak memadai namun jika ada yang sudi membantu kami bersyukur memandangk­an empat anak juga berpendapa­tan tidak seberapa,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu menerima kunjungan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menyampaik­an sumbangan sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Kampung Dato’ Seri Hamzah, Kemayan, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman dan ADUN Guai Datuk Norol Azali Sulaiman.

Program itu adalah fasa kedua yang dilakukan BiKUM untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi dengan mengadakan jelajah ke 60 lokasi seluruh negara sehingga Disember ini.

Jelajah tiga hari di Pahang berakhir semalam dan BiKUM kemudianny­a akan meneruskan program ke Johor pada 28 September ini.

Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebelum itu mengumumka­n peruntukan RM30,000 untuk meluaskan tanah perkuburan kampung.

Katanya, beliau bersedia mempertimb­angkan permintaan penduduk supaya Mini RTC diwujudkan di situ.

 ??  ?? ISMAIL bersama penduduk pada program Bantu Rakyat 2.0 di Kemayan, Bera, semalam.
ISMAIL bersama penduduk pada program Bantu Rakyat 2.0 di Kemayan, Bera, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia