Harian Metro

Keledek Anggun lebih ‘lasak’

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Hasil penyelidik­an selama lima tahun, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkena­lkan tiga jenis ubi keledek ungu dinamakan Anggun 1, Anggun 2 dan Anggun 3.

Ketiga-tiga Anggun itu diperkenal­kan semalam untuk merancakka­n produktivi­ti tanaman ubi keledek.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Anggun mempunyai kelebihan dari segi pengeluara­n apabila mampu dihasilkan untuk kapasiti lebih tinggi berbanding jenis sedia ada.

“Ia dapat hidup dengan baik walaupun tahap kesuburan tanah yang rendah, selain lebih toleransi kepada kemarau dan penyakit perosak berbanding tanaman lain.

“Selain itu, kadar antosianin (pigmen ungu) atau pewarna semula jadi yang tingHadir menjadikan­nya lebih berkesan dalam mencegah risiko penyakit berbahaya.

“Antosianin banyak kelebihann­ya antaranya memperbaik­i tahap kolesterol, menghalang tekanan darah tinggi serta mengurangk­an obesiti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Varieti Baharu Ubi Keledek Ungu di MARDI Bachok di sini, semalam.

sama, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron dan Pengerusi Majlis Pembanguna­n Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Tajuddin berkata, keberhasil­an Anggun 1 hingga 3 dianggarka­n secara puratanya antara 20 hingga 30 tan per hektar, sekali gus mampu meningkatk­an pendapatan dan hasil kepada petani.

“Perak menjadi negeri pengeluar utama ubi keledek di Malaysia dengan keluasan penanaman sebanyak 815.5 hektar, diikuti Kelantan (720.7 hektar), Selangor (320.9 hektar) dan Terengganu (173.2 hektar).

“Dengan hasil yang kurang, kerajaan terpaksa mengimport dari negara luar sebanyak RM4.48 juta ubi keledek setiap tahun, bergi, banding yang dieksport sebanyak RM1.1 juta.

“Jadi kita berharap pengenalan ini akan membantu menambah pengeluara­n itu dan mengubah trend eksport dan import ubi keledek,” katanya yang memberitah­u trend pengeluara­n ubi keledek menurun daripada 50,748 metrik tan pada 2013 kepada 43,211 metrik tan tahun lalu.

 Ubi ungu hasil penyelidik­an MARDI tahan kemarau, penyakit

 ??  ?? TAJUDDIN mencuba mesin khas menanam ubi keledek selepas merasmikan pelancaran varieti baru Ubi Keledek Ungu.
TAJUDDIN mencuba mesin khas menanam ubi keledek selepas merasmikan pelancaran varieti baru Ubi Keledek Ungu.
 ??  ?? TAJUDDIN menunjukka­n keledek ungu yang dituai di MARDI Mukim Telong Jalan Kandis, Bachok.
TAJUDDIN menunjukka­n keledek ungu yang dituai di MARDI Mukim Telong Jalan Kandis, Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia