Harian Metro

Ekspo ketengah produk hasil laut

-

Putrajaya: Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) yang akan berlangsun­g pada 28 September hingga 1 Oktober ini bakal mengetenga­hkan pelbagai produk pertanian dan perikanan negara.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) M Saedon Ab Majid berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) akan mempromosi­kan produk pertanian dan perikanan berkenaan menerusi ruang pameran

Beliau berkata, pameran empat hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang itu akan digunakan sepenuhnya untuk membuka ruang kepada orang ramai mengenali dengan lebih dekat keunikan makanan dan produk hasil laut yang ada di negara kita.

“Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan termasuk demonstras­i dan promosi sos ikan dan budu oleh syarikat Ketereh.

“Selain itu, turut mengetenga­hkan produk perikanan yang popular daripada beberapa negeri antaranya Kari Mata Tuna (Labuan), Mi Udang Lipang (Kedah), Mi Calong (Pahang), Umai dan Pipus (Sarawak), Sagol dan Tehek-tehek (Sabah),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, bagi penggemar makanan membawakan pelbagai produk tempatan yang diinovasik­an termasuk Kuro Prawns, Churros Lekor, Lemang Sushi, Sate Ikan, Sate Tuna dan Popia Sata yang jarang ditemui di pasaran tempatan.

Saedon berkata,

turut menampilka­n selebriti terkenal untuk mempromosi­kan produk berasaskan perikanan seperti demo masakan oleh chef selebriti Datuk Ismail, Shiha Zikir (Mentor) dan Gmie Gegarvagan­za.

Menurutnya, aktiviti promosi dan demonstras­i yang dianjurkan dalam sempena HPPNK2017 ini adalah rangka promosi oleh LKIM untuk memperkena­lkan kepelbagai­an produk hiliran bagi industri perikanan.

“Ini adalah untuk membuka minda pengguna bahawa produk perikanan sebenarnya sangat luas dan perlu untuk diteroka. Diharapkan selepas ini lebih ramai usahawan industri perikanan yang akan dilahirkan dan lebih banyak produk baru yang diwujudkan.

“Diharapkan lebih banyak produk perikanan negara kita mampu menembusi pasaran antarabang­sa dan HPPNK2017 akan menjadi salah satu platform ke arah melahirkan produk yang berinovasi demi memartabat­kan hasil laut negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia