Harian Metro

Elak majikan dagang pekerja

- Siti Fatimah Mohamed Anwar am@hmetro.com.my

 Imigresen teliti pelbagai kriteria sebelum lulus izin masuk pekerja asing

Kewujudan orang tengah termasuk majikan yang memohon tenaga kerja asing tanpa mengikut keperluan menjadi antara punca berlakunya lambakan warga asing di negara ini yang berisiko mencetus isu pemerdagan­gan manusia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil tindakan tegas dalam isu tenaga kerja asing di negara ini termasuk tidak meluluskan permohonan majikan yang tidak memenuhi syarat.

“Majikan tidak dibenarkan membuat permohonan mendapatka­n pekerja asing dalam jumlah besar sedangkan mereka tidak mempunyai keperluan berbuat demikian. Kami lebih tegas dalam isu ini untuk memastikan tidak ada majikan yang mengambil kesempatan menjadi orang tengah.

“Kami perlu tegas kerana banyak pihak berasa tertipu dengan mereka. Justeru, majikan yang benar-benar memerlukan khidmat pekerja asing boleh memohon terus dengan imigresen atau melalui vendor dilantik iaitu Iman Sdn Bhd, MyEG Bhd dan Bukit Megah Sdn Bhd,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog mengenai isu imigresen dan pengajian pekerja asing, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata, majikan yang memerlukan jumlah pekerja asing ramai tidak akan berdepan masalah berbuat demikian memandangk­an pihaknya meluluskan permohonan mengikut aspek keperluan syarikat masing-masing.

“Contohnya, mereka mempunyai syarikat pembinaan dan syarikat itu memerlukan pekerja ramai. Jadi, kami tengok balik permit atau lesen Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta meneliti perjanjian kontrak yang mereka miliki sebelum meluluskan­nya.

“Tetapi kalau mereka memohon pekerja sampai 1,000 orang misalnya, tetapi tidak ada projek itu namanya mahu menjual orang. Kami tidak meluluskan­nya kerana situasi itu akhirnya menyebabka­n berlaku lambakan pekerja asing di negara kita,” katanya.

Mustafar berkata, setakat ini 1.72 juta pekerja asing berdaftar di negara ini.

Dalam perkembang­an lain, Mustafar berkata, pihaknya akan mendapatka­n senarai nama individu atau penganjur berkaitan pesta gay yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur akhir bulan ini daripada polis untuk menyekat kemasukan golongan itu ke Malaysia.

 ??  ?? MUSTAFAR (tengah) berbual dengan majikan pada sesi dialog di Butterwort­h, semalam.
MUSTAFAR (tengah) berbual dengan majikan pada sesi dialog di Butterwort­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia