Harian Metro

Pesawat tergelinci­r Rawatan gila ‘bomoh bogel’

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kuching: Sebuah pesawat ringan Beech Craft yang membawa enam penumpang tergelinci­r dipercayai akibat landasan basah berikutan hujan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK), di sini, semalam.

Bagaimanap­un, dalam kejadian jam 6 petang itu tidak menyebabka­n sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan.

Difahamkan, seorang daripada penumpang pesawat adalah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah yang baru menghadiri satu majlis di Mukah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Menara Kawalan Udara LTAK pada jam 6.09 petang.

Menurutnya, pesawat dari Mukah itu tergelinci­r ketika mendarat di lapangan terbang berkenaan.

“Difahamkan, ketika kejadian hujan lebat di bandar ini menyebabka­n landasan basah. Pesawat berkenaan tergelinci­r dengan jarak 500 meter dari menara kawalan bomba lapangan terbang.

“Sejurus pesawat berhenti, juruterban­g, pembantu juruterban­g bersama enam penumpang berjaya keluar daripada pesawat,” katanya.

Sesuai dengan gelarannya sebagai ‘bomoh bogel’, seorang lelaki warga emas dikesan melakukan perbuatan keji apabila meminta pesakitnya berbogel sebagai ritual untuk membuang penyakit berkaitan jiwa di daerah ini sejak awal bulan lalu.

Lelaki berusia 60 tahun itu didakwa akan meminta pesakit wanitanya berbogel untuk dimandikan sebelum melakukan kelucahan dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.

Namun, perbuatan jijik lelaki terbabit terbongkar selepas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mengadu kepada bapanya selepas menerima ‘rawatan’ oleh suspek di sebuah

 Warga emas ditahan selepas cabul 3 mangsa

kuarters, di sini, Jumaat lalu.

Malah, adik perempuan kepada gadis terbabit yang berusia 16 tahun, selain seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun turut menjadi mangsa perbuatan terkutuk suspek pada 2 September dan 10 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, bapa kepada dua beradik yang menjadi mangsa itu berang sebelum membawa suspek ke Balai Polis Bintulu jam 10 malam untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, berdasarka­n laporan polis, suspek didakwa membawa mangsanya ke dalam sebuah bilik di kuarters berkenaan untuk proses rawatan.

Suspek kemudian meminta mangsa untuk mandi sebelum dibawa semula ke dalam bilik berkenaan. Ketika proses rawatan, suspek memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

Dev berkata, berang dengan perbuatan suspek, bapa mangsa bertindak menumbuk muka lelaki terbabit sehingga lebam sebelum dibawa ke Balai Polis Bintulu untuk membuat laporan.

 ??  ??
 ??  ?? PESAWAT Beechcraft King Air yang membawa kenamaan dilaporkan tergelinci­r dari landasan sejurus mendarat di LTAK, Kuching.
PESAWAT Beechcraft King Air yang membawa kenamaan dilaporkan tergelinci­r dari landasan sejurus mendarat di LTAK, Kuching.
 ?? Dev Kumar ?? Suspek kemudian meminta mangsa untuk mandi sebelum dibawa semula ke dalam bilik berkenaan”
Dev Kumar Suspek kemudian meminta mangsa untuk mandi sebelum dibawa semula ke dalam bilik berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia