Harian Metro

Rebah di kaki tangga

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Lelaki maut disambar petir ketika buat kerja pembinaan

Seorang lelaki yang sedang menyiapkan kerja pembinaan di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, di sini, menemui ajal selepas disambar petir, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa Nasion Raby Tangik, 26, disahkan maut di lokasi kejadian disebabkan impak daripada panahan petir itu.

Difahamkan, mangsa bersama bapa mentua dan seorang lagi rakannya sedang memasang besi kerangka pada tingkat atas bangunan berkenaan.

Namun, ketika kejadian, cuaca berangin dan mendung sebelum petir menyambar mangsa yang terus rebah dan terjatuh dari tangga yang dipanjat.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri sejurus kejadian sebelum pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesahka­n kematianny­a di lokasi kejadian.

“Mangsa yang berasal dari Rumah Panjang Jenggung di Sungai Lajan, Song, sudah beberapa bulan bekerja di tapak pembinaan berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke HUS untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumia­n dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat enam sebuah flat di Jalan Ban Hock di Kuching, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang, mangsa ditemui orang awam di lokasi kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri selain berlumuran darah.

Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit bukan penghuni flat berkenaan dan usaha mengesan waris sedang dijalankan polis berdasarka­n dokumen pengenalan yang ditemui.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke HUS untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? LOKASI mangsa disambar petir.
LOKASI mangsa disambar petir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia