Harian Metro

Terharu tetamu bawa ‘oleh-oleh’

 48 penduduk terima bantuan kewangan

- Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Seramai 48 penduduk Sri Perantau, di sini, menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutua­n dalam siri Jelajah Kasih Negeriku Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang, semalam.

Penerima, Siti Junaidah Salim, 61, berkata, dia terharu menerima kunjungan serta bantuan daripada Kerajaan Persekutua­n melalui Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman.

“Saya lumpuh 24 tahun lalu akibat kemalangan dan sejak itu saya bergantung pada suami dan anak-anak sebelum suami saya meninggal dunia lima tahun lalu.

“Terima kasih kepada kepemimpin­an BN kerana sudi menziarah serta memberi bantuan kepada saya. Seronok rasanya menerima tetamu selepas sekian lama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangsapuri Sri Perantau, di sini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Sementara itu, Mohamad Satim berkata, walaupun BN bukan pemerintah di negeri ini, kepemimpin­an tertinggi tetap mahu menjaga kebajikan rakyat di Selangor.

“Walaupun kita hanya tinggal semangat di Selangor, kita tidak pernah abaikan aduan yang diterima daripada rakyat negeri ini.

“Sudah tiba masanya rakyat menyedari serta berfikir semasak-masaknya sebelum memilih pemimpin untuk memimpin Selangor pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, siri Jelajah Kasih Negeriku adalah antara program yang terbaik dalam mendengar masalah rakyat serta bertukar idea bagi kesejahter­aan bersama.

Dalam perkembang­an lain, Faizal turut mengumumka­n peruntukan sejumlah RM150,000 untuk membaiki Surau Haji Abbas Simpang Tiga, Kampung Delek ketika sesi lawatan pagi semalam.

 ??  ?? MOHAMAD Satim (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena Program Jelajah Kasih Negeriku Selangor.
MOHAMAD Satim (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena Program Jelajah Kasih Negeriku Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia